Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membawa,

Puisi
 

Saya ke darat ke Pulau Lidi,
     Buah padi pisang jeranang;
Jangan diharap membawa diri,
     Hendak membawa hati tak senang.


Lihat selanjutnya...(58)
Peribahasa

Baik membawa resmi padi,
     daripada membawa resmi lalang.

Bermaksud :

Tidak sombong; rendah diri.

 

Lihat selanjutnya...(33)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menghanyutkan1 membawa hanyut; membawa mengalir: Air bah yg dahsyat itu telah ~ pondok mereka. 2 ki menyebabkan hanyut (asyik): Kenangan manis itu telah ~nya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membawa ke airmembawa anak mandi;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeberangkanmembawa ke seberang; membawa me­nye­berang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyeberangkanmembawa ke seberang, membawa menyeberang;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyeberangkanmembawa ke seberang; membawa menyeberang.Kamus Pelajar
seberangmenyeberangkan membawa ke seberang; membawa menyeberang.Kamus Pelajar
kapal penumpangkapal yg membawa orang (bukan yg membawa barang);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusulkan1. menjadikan (membiarkan) menyusul, membawa pergi dll kemudian, membawa menyusul: kuminta kpd ayah supaya ayah ~ aku bekerja di kantor residen Ambon ini; 2. memperikutkan, memasukkan (dlm surat dll) supaya turut, melampirkan (surat dll), menambahkan (sbg keterangan, lanjutan, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
bas Ikenderaan bermotor yg panjang dan dpt membawa beberapa banyak penumpang (hanya dibenarkan lalu di jalan-jalan raya tertentu saja). ~ ekspres bas perjalanan jauh yg singgah hanya di tempat-tempat tertentu. ~ kilang bas yg membawa pekerja-pekerja kilang. ~ mini bas kecil yg membawa 16–20 penumpang. ~ persiaran bas utk membawa pelancong. ~ sekolah bas yg membawa murid-murid sekolah.Kamus Pelajar Edisi Kedua
hanyut1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belu­lang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan ter­apung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berha­nyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebab­kan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa menge­lamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas