Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempelbagaikan, memperbagaikan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bagai1. jenis, macam: beberapa ~ ukiran yg dibuatnya; 2. banding, sama, persamaan: kecantikan anak gadis itu tidak ada ~nya; 3. = bagaikan serupa jika dibandingkan dgn sesuatu, seperti, semacam, umpama: ~ kera mendapat bunga; hatinya ~ dihiris-hiris;sebagai 1. untuk, bagi: beliau memberi fatwa ini ~ menjawab pertanyaan; 2. jadi, menjadi, selaku: mengangkatnya ~ pengerusi; 3. bertindak spt, selaku: ~ negara sahabat, kita mengharapkan bantuan drpd mereka; ~ lagi = ~ pula demikian pula, lebih-lebih lagi: ~ pula raja tidak mengetahui kezaliman hulubalangnya; ~nya a) lain-lain serupa (semacam) itu: buah nanas, buah mangga, dan ~nya; b) sepatutnya: diperlakukan dgn ~nya;persebagaian Kl perumpamaan; berbagai berbanding, bersamaan: Raja Kida Hindi ada beranak seorang perempuan yg amat baik parasnya, tiada ada ~ pd masa itu;berbagai-bagai, bagai-bagai bermacam-macam, berjenis-jenis, beberapa (negara dll) yg berlainan: ia berbuat ~ ikhtiar supaya terpelihara drpd musuhnya;membagaikan Mn = memperbagai-bagaikan memperolok-olokkan;pelbagai, perbagai, perbagai-bagai berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu;mempelbagaikan, memperbagaikan menjadikan berlain-lainan jenis, menjadikan berbagai-bagai jenis: selama beberapa tahun kebelakangan, kerajaan secara sistematik ~ pengeluaran bahan-bahan eksport; ini satu langkah utk ~ ekonomi negara supaya tidak hanya bergantung semata-mata pd pertanian;kepelbagaian perihal berbagai-bagai jenis: ~ usaha dan kegiatan ekonomi Malaysia; sesungguhnya jumlah dan ~ dialek Melayu sangat mengagumkan;pempelbagaian perbuatan mempelbagaikan sesuatu (usaha dll): ~ keluaran.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas