Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
menumpukan1. menekankan (tapak kaki dll) pd, menunjalkan pd: ia ~ kakinya di batu sebelum melompat ke tebing; 2. tidak mene­rima, menolak (permohonan dll); 3. mening­galkan (negeri dll): ~ kampung halaman; 4. menyandarkan atau mendasarkan (pendapat dll) pd, mengasaskan: ia ~ pendapatnya itu pd beberapa dalil yg boleh dipercayai; 5. memberi sokongan kpd, menolong, menumpu, menyokong, menunjang: pasukan kawalan kampung sentiasa bersiap sedia utk ~ pasukan keselamatan menjaga keamanan negara; 6. memberi segenap tenaga (perha­tian, minat, dll) pd, memusatkan (perhatian dll) pd: mahasiswa-mahasiswa diharapkan supaya ~ masa dan tenaga mereka kpd pelajaran dan kuliah mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuami1. menekankan (melekapkan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
menuam1. menekankan (melekapkan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
me­numpukan1 menekankan (te­lapak kaki atau tapak tangan) pd sesuatu. 2 memusatkan segenap tenaga atau minat pd sesuatu: Ia ~ seluruh tenaganya pd projek yg baru dijalankan itu. 3 mendasarkan atau menyandarkan pendapat dll pd: Ia ~ pendapatnya pd kajian-kajian yg telah dilakukan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekan; bertekan bertumpu dgn ke­dua-dua belah tangan atau siku; ber­telekan: Dia membongkok dgn kedua-dua belah tangannya ~ di meja. bertekankan bertumpu pd: Dia berbaring ~ tulang rusuk. menekan 1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya. menekankan 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. tertekan 1 dlm keadaan ditekan; tertindih. 2 ki tertindas; teraniaya. tekanan 1 desakan utk menekan: ~ yg kuat. 2 keadaan menekan atau keadaan tertekan; keadaan menanggung beban yg sukar utk d­i­tanggung: ~ inflasi. 3 = ~ suara (bunyi) kata atau suku kata yg diucapkan lebih keras drpd kata atau suku kata yg lain. ~ atmosfera ist tekanan pd suatu titik di permukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tsb. ~ darah tekanan oleh darah pd dinding bahagian dalam saluran darah, kesan drpd denyutan jantung. ~ hidraulik tekanan yg di­hasilkan oleh kuasa hidraulik, iaitu kuasa meka­nikal yg terhasil drpd cecair yg bergerak dlm saluran atau paip. ~ udara tekanan atmosfera pd permukaan bumi. penekanan perbuatan (hal dsb) menekan atau menekankan. penekan alat dll utk menekan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekan~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll); bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan­-nya ~ di meja; bersetekan Mn bertekan;menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, meng­gencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemo­dal utk ~ golongan miskin; 3. ki meng­henti-kan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki meng­adakan desakan yg keras terhadap, mengasak, men­desak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menye­belah kepadanya; 6. ki = menekankan mengata­kan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suara­nya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusah­kan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebih­an dan ini telah menimbulkan pemberonta­kan ber­senjata; tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah men­cerita­kan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluar­nya;tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg menggang­gu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan); ~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di per­mukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~ darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya ber­gantung pd daya pengepaman jantung, ke-kenyal­an dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah; ketertekanan perihal (keadaan) tertekan; penekanan perihal menekan (menekan­kan); penekan alat dll utk menekan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tuambarang panas (abu hangat yg dibungkus dlm kain, air panas dlm botol, dll) yg ditekankan pd bahagian tubuh yg sakit, demah; bertuam memanaskan bahagian tubuh yg sakit dgn tuam, berdemah; menuam, menuami 1. menekankan (melekap-kan) tuam pd, mengurut (mema­naskan) baha-gian tubuh yg sakit dgn tuam, mendemah; 2. mengacukan (membidikkan) senapang dll: seorang askar sedang ~ mun­cung senapang ke arah perutnya; tuaman hasil menuam: ~ air suam pd bahagian yg sengal boleh membantu merin­gankan kesakitan; penuaman proses atau perbuatan menuam utk mengurangkan radang atau rasa sakit.Kamus Dewan Edisi Keempat
menekankan1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menekankan1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumpu1. = bertumpu menekankan (menolakkan dll) pd sesuatu: tatkala anak raja itu jadi, ditumpu oleh bidannya ulu baginda, menjadi lembang sama tengah; 2. ki memberi sokongan (bantuan dll), menunjang, menyokong; 3. menolak, meniup (angin): bukan sengaja kami ke mari, dihantar ombak ditumpu angin; 4. ki memusatkan (perhatian, pandangan, minat, dll): matanya ~ kpd anaknya sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
1234

Kembali ke atas