kayuhan | gerakan kaki atau tangan utk mengayuh; hasil mengayuh: ~ Rosman sangat pantas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gatih | Kl berputar-putar, berpusing-pusing;menggatih mengayuh (beca atau basikal); penggatih 1. alat utk mengayuh (basikal, beca); 2. orang yg mengayuh (beca, basikal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengayuh | 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung: Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2 menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung: Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengayuh | 1. menggerakkan (menjalankan) perahu dsb dgn pengayuh: ia ~ dan mengumpil dan memakai kolek sahaja; pagi-pagi lagi Si Tenggang telah ~ perahunya pergi ke sebuah pulau; 2. menjalankan basikal atau beca (dgn memijak dan memusingkan kayuhnya): cepat-cepat ia ~ basikalnya; ~ sambil bertimba (ke hilir) prb dapat menyelesaikan dua tiga pekerjaan serentak; (malu bertanya sesat jalan), malu ~ perahu hanyut prb kalau tidak berusaha, tentulah susah dan kalau segan bertanya, akan membuat kesilapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengayuh | 1. menggerakkan perahu (sampan dll) dgn pengayuh; mendayung:Dia ~ perahunya ke tengah sungai. 2. menjalankan basikal (beca dll) dgn memutarkan pengayuhnya; mendayung:Penarik beca itu ~ becanya dgn termengah-mengah. | Kamus Pelajar |
penggatih | 1. alat utk mengayuh (basikal, beca); 2. orang yg mengayuh (beca, basikal). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kayuhan | gerakan (hasil atau perbuatan) mengayuh: jika boleh, dia ingin mengayuh sepantas ~ Rosman Alwi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendayung | 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengayuh | 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendayung | 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |