menerap | 1. mengikat atau memasang permata pd cincin (keris dll), mengikat permata pd tempat ikatannya; 2. mengikat bata dll (utk lantai, dinding); 3. memasang enjin (mesin dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meringkus | 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan, membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringkus | Jk; meringkus 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan, membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menambat | 1 mengikat sesuatu dgn tali pd pancang (tiang, pokok dll): Dia turun ke sungai utk ~ perahunya. 2 ki memikat hati seseorang; menawan: Akhirnya dia berjaya ~ hati gadis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membulang | 1 mengikat sesuatu pd kepala; melilitkan sesuatu di kepala. 2 mengikatkan tali pd kaki ayam utk memasang taji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberkas | 1 mengikat beberapa benda dlm satu ikatan: Ia ~ tebu itu sepuluh-sepuluh setiap ikatan. 2 ki menahan orang(-orang) yg disyaki bersalah; menangkap: Petang semalam, polis telah ~ tiga orang pemuda yg disyaki mencuri barang-barang kemas dr rumah Ahmad. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menuas | 1. mengikat, menambat (orang salah dll); 2. Pr cabut lari, melarikan diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menambat | 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyimpul | 1. mengikat (hingga menjadi simpul): ~ tali kasut; 2. merupakan simpul; senyum ~ di bibir tersenyum; 3. ki memberi pendapat secara ringkas (dr apa yg telah dibicarakan), menggulung: ketika ~ pendapatnya ia menegaskan bahawa masa depan Islam tidak banyak berbeza drpd keadaannya sekarang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merantai | 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |