Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menipis 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tipis1. tidak tebal, nipis (barang pipih spt kertas, kaca, dll): bajunya drpd kain ~; 2. kurang tebal lapisannya (bkn cat dll): ia me­makai bedak sedikit, ~, hampir tidak kelihat­an; 3. kurang padat (bkn asap, awan, dll): cuaca petang amat baik, awan putih ~ melin­dungi matahari; 4. kurang terang (tulisan): tulisan­nya ~; 5. sedikit sahaja (tidak besar), ham­pir tidak ada: harapan kita utk melahir­kan pe­nulis-penulis yg agung dgn karya-karya yg besar agak ~; kemungkinan ter­capai­nya keamanan yg berkekalan sangat ~; 6. sangat sedikit, tinggal sedikit: tidak sedar duit ~ di saku kerana asyik berjoli; mendapat keun­tungan ~ mendapat keuntungan yg sangat sedikit;~ bibirnya = bibirnya ~ ki a) pandai (suka) ber­­kata-kata; b) mudah berkata yg bukan-bukan, lancang mul t, cerewet; ~ telinga lekas naik radang (oleh kata-kata yg membang­kitkan kemarahan); menipis 1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~; menipiskan menjadikan tipis (berkurang, hampir habis, dll): ~ getah dgn mesin; per-buatan curangnya ~ kepercayaan orang ter-hadapnya; ketipisan perihal atau keadaan tipis, perihal sedikit sahaja terdapatnya sesuatu: ~ minat; penipisan (proses atau perbuatan) menipis atau menipiskan: tetroflurokarbon menye­babkan ~ lapisan ozon.Kamus Dewan Edisi Keempat
menipis1. menjadi tipis; 2. makin berkurang (menjadi sedikit, menghilang, dll): harap­annya mencapai cita-citanya makin ~; kabus di puncak bukit di kampung itu kian ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
tipis1 tidak tebal; nipis: Bajunya ~. kertas ~. 2 hampir tidak ada: Harapan orang sakit itu utk hidup sangat ~. ~ bibirnya a. pandai berkata-kata. b. lan­cang mulut; cerewet. ~ telinga lekas (hendak) marah atau lekas meradang. menipis menjadi tipis; makin berkurang (ttg harapan dsb). menipiskan 1 menjadikan tipis: Ia ~ papan dgn ketam. 2 ki mengecilkan atau mengurangkan harapan dsb: ~ harapan. ketipisan keadaan atau hal tipis. penipisan perbuatan, hal dsb menipis atau menipiskan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kabus1. wap air yg kelihatan spt asap yg ber­ada dekat muka bumi (biasanya pd waktu pagi): ~ di puncak bukit kian menipis; 2. tidak nyata kelihatan, tidak terang (seolah-olah ditutupi kabus) kabur, kelam: gambar yg ~; hilang ~ teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita; berkabus dilindungi atau dilitupi kabus; mengabusi membuat supaya berkabus.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas