menyusur pantai | berjalan atau berlayar di sepanjang pantai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyusur galur | menyelidiki asal usul (hal dll), mengusul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusur | 1. berjalan (belayar dll) mengikut tepi, berjalan (belayar) sepanjang tepi: mereka belayar dgn perahu ~ pantai Pahang; 2. lalu sepanjang (jalan dll), mengikuti (sesuatu jalan, arah, dll): ia ~ jalan kampung menuju rumah Dewi; kajian seterusnya akan ~ araharah yg berbeza; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusur | 3 ki menyelidik atau meneliti asal usul sesuatu: Kemakmuran ekonomi Semenanjung Tanah Melayu dpt disusur kembali drpd perkembangan perusahaan getah dan bijih timah. | Kamus Pelajar |
menyusur | 2 lalu di sepanjang jalan dll: Sambil ~ kaki lima itu, Leman memperhatikan barang-barang yg dipamerkan di dlm kedai. | Kamus Pelajar |
menyusur | 1 berjalan atau bergerak mengikut tepi sesuatu; berjalan sepanjang tepi: Dr Pekan mereka telah belayar ~ pantai hingga ke Kuala Terengganu. | Kamus Pelajar |
menyisir | berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dll): kami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisir II | ; menyisir berjalan atau lalu di tepi (sesuatu), menyusur (pantai dll): kami mengambil masa lebih kurang sejam ~ sungai, baru sampai ke tempat yg ditujui; ~ pantai menyusur pantai; persisiran daratan di sepanjang tepi laut, tasik, atau sungai: kawasan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyusuri | menyusur di: Mereka menikmati udara petang dgn berjalan ~ pantai yg indah itu. Dia begitu hati-hati semasa berjalan ~ kaki lima yg sibuk itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyamping | menyusur (di tepi jalan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |