rompak | ; merompak mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. rompakan 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. perompakan hal atau perbuatan merompak. perompak orang yg merompak; penyamun: ~ bank. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rompak I | ; merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; rompakan kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) menggunakan senjata; perompakan perbuatan merompak, perampokan: ~ bersenjata; perompak orang yg merompak, perampok, penyamun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merompak | mengambil hak orang dgn paksa; menyamun: Orang yg ~ kedai itu telah ditangkap polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merompak | merobohkan, meruntuhkan: gajah itu ~ kandangnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merompak | menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rompakan | 1 kejadian merompak: ~ itu berlaku di sebuah bank di Kuala Lumpur. 2 hasil merompak: Barang-barang ~ itu disembunyikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jenayah | = perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah; penjenayah orang yg melakukan jenayah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekongkol | 1. (orang yg) turut serta dlm sesuatu pergerakan jahat (menyeludup, merompak, dll); 2. = bersekongkol berkomplot (ber-pakat, bersubahat) dlm sesuatu pergerakan jahat: Ali telah sungguh-sungguh ~ dgn bangsa asing; 3. = sekongkolan kumpulan atau pakatan utk melakukan kejahatan (me-nyeludup, merompak, dll); persekongkolan perbuatan bersekongkol | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melanun | merompak di laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meranjah | merompak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |