miang jelatang | a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
miang jelatang | a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kena miang | a) lekat miang (buluh dll) pd bahagian tubuh; b) = ~ tempias ki mendapat bencana akibat perbuatan (kelakuan) buruk orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rebung | anak buluh (yg akan menjadi batang); ~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi; merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang gatal | suka atau ingin bersetubuh | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
miang gatal | ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang gatal | gatal yg merenyam (pd kulit); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang | 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
miang | 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
miang | 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. | Kamus Pelajar |