Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
praktis1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~. 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gampangJw mudah; anak ~ anak haram; menggampangkan memudahkan, menganggap ringan; gampangan Jk lebih mudah; gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
atur cara mudah alih(portable program)Atur cara komputer yang boleh dipindahkan dari suatu sekitaran komputer ke suatu sekitaran komputer yang lain tanpa diubah suai.Kamus Komputer
praktis1 dpt dilaksanakan; mudah dipraktikkan: cara-cara yg tidak ~ . 2 kena benar; tepat; berfaedah; sesuai: Menggunakan mesin utk membajak lebih ~ drpd menggunakan kerbau.Kamus Pelajar
gampang-gampangandgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh.Kamus Dewan Edisi Keempat
longgar1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsu­nya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenar­nya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur pen­duduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk men­cegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolong­annya itu bererti memberi ~ juga kpd isteri­nya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
ikon1. gambar, lukisan, imej, gambaran: puisi Sutardji wujud dlm konteks ritual dan kepercayaan berserta ~ yg seiring bagi dunia magis Melayu-Indonesia yg primitif; 2. lukisan atau gambar yg dianggap sbg keramat (orang yg mulia); 3. (Komp) simbol grafik pd skrin digunakan dlm sistem komputer interaktif bagi menyediakan cara mudah mengenal pasti fungsi.Kamus Dewan Edisi Keempat
keras1 kuat lagi kukuh dan tidak mudah pecah atau tidak mudah berubah keadaannya: Keluli lebih ~ drpd besi. 2 dgn sungguh-sungguh; dgn giat; kuat: Dia terpaksa bekerja ~ utk mengumpulkan wang. 3 bersifat memaksa; tidak bertolak ansur (bkn peraturan dll): Merokok di gudang kertas dilarang ~. 4 kuat dan nyaring (bkn suara, bunyi): Dia bercakap dgn suara yg ~ kpd orang-orangnya. 5 dpt memabukkan (bkn minuman dll); sangat kuat kesannya (bkn ubat dll); rangsang (bkn bau dll): Dia mabuk kerana terlalu banyak minum minuman ~. Terlalu ~ bau gas ini. ~ hati tidak mahu mengikut kata orang; degil. ~ kepala tidak mahu mengalah atau tidak mahu menurut. berkeras tidak mahu mengalah atau tidak mahu bertolak ansur; tidak berganjak dr pendiriannya: Dia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah. mengeras menjadi keras: Agar-agar itu ~ apabila disejukkan. mengerasi 1 bertindak keras terhadap; memperlakukan dgn keras: Anaknya terlalu manja kerana tidak pernah dikerasi. 2 menyuruh dgn paksa; memaksa; menggagahi: Dia tidak suka ~ orang-orang bawahannya. mengeraskan 1 menjadikan keras: Mereka ~ tanah liat itu dgn cara pembakaran. 2 menyaringkan suara; menguatkan usaha dll. memperkeras menjadikan lebih atau bertambah keras. kekerasan 1 perbuatan yg keras; kekuatan: Orang-orang yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah ditangkap. 2 keadaan atau sifat keras; kekuatan; kekukuhan: ~ kulitnya menyebabkan buah itu sukar dikupas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
rentasangarisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
pengaturcaraan automatik(automatic programming)1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia.Kamus Komputer
12345678

Kembali ke atas