Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata novel nya


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
komposisi1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. baha­gian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk peribumi dan bukan peribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku.Kamus Dewan Edisi Keempat
bicara1. pendapat: benar sekali spt kata tuan hamba itu, barang ~ pun marilah kita undur dahulu menantikan kapitan kita; 2. fikiran, muslihat, akal budi: lain tidak ~nya, hendak mencari kesalahan akan Sang Si Tuah juga kerjanya; 3. mesyuarat: setelah masing-masing putus ~ itu, maka masing-masing pun undurlah menuju pulau; 4. (ber)cakap, (ber)kata: Maskam tidak banyak ~; 5. perkara di mahkamah: dia meminta nasihat bagaimana akan meminta ulang ~;berbicara 1. bercakap: dia membiarkan sahaja suaminya itu ~; 2. bermesyuarat: keputusan itu dicapai selepas mereka ~; 3. mengemukakan pendapat (fikiran dll): ~ tentang syair Melayu, Dr. C. Hooykaas mengatakan bahawa rupa sajak ini ketara asli; membicarakan 1. mempercakapkan, memperkatakan, membincangkan: akan terbit pula sebuah buku yg ~ novel-novel sebelum perang; 2. mengadili sesuatu perkara di mahkamah: perkara itu harus diadukan kpd polis dan dibicarakan di mahkamah; perbicaraan pengadilan sesuatu perkara di mahkamah: bintang filem itu meminta mahkamah menangguhkan ~ kerana seorang saksinya tidak dapat hadir; pembicaraan 1. percakapan, perbincangan: ~ mereka beralih kpd perkara lain; 2. Id pengadilan perkara di muka hakim; pembicara 1. orang yg berbicara (berceramah dll); 2. ark pengacara, penasihat.Kamus Dewan Edisi Keempat
kekurangan1. tidak (tidak cukup) mempunyai atau mendapat sesuatu yg diperlukan dll: kerja-kerja yg dijalankan tergendala kerana pejabat tersebut ~ kakitangan; serba ~ tidak cukup segala-galanya; 2. perihal atau keadaan kurang (tidak mencukupi): kemiskinan bukan terbatas kpd ~ makanan dan kebendaan semata-mata; 3. jumlah yg kurang atau yg menjadikan sesuatu tidak genap (tidak cukup dll), baki: yg dibayarnya tidak cukup, banyak juga ~nya; 4. cacat cela, ketidaksempurnaan, kelemahan: ia manusia biasa yg mempunyai ~, bukan nabi, bukan malaikat; perhimpunan penulis-penulis itu telah membincangkan beberapa ~ dlm novel-novel Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
lambanMn tidak cepat (bekerja dll), tidak cergas, kelesa, lambat, lemah: dgn ~, dikatup­nya kembali tingkap cermin itu; kelambanan keadaan lamban: ~ plot novel itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tokoh I1. rupa atau keadaan yg tampak pd zahirnya, bentuk dan sifatnya, macam atau jenis: menara masjid yg ~nya spt payung akan terbuka; 2. = ~ badan bentuk atau ke­ada­an badan, susuk tubuh, perawakan: ~ badan­nya spt orang Arab; macam ~ awak ini sudah patut berpangkat sarjan; 3. gaya, lagak: ~ pula orangnya; 4. ki orang yg kena­maan (dlm apa-apa bidang spt bidang politik, kebudayaan, agama, dll), orang yg terkemuka, penganjur: dgn kekuatan peribadinya ia menjadi ~ yg berkuasa dan dihormati oleh kawan dan lawan; bertokoh 1. berbentuk, berupa, berwujud: tidak ada seorang pun antara mereka yg ~ politik; 2. Kd, Pl (kelihatan) bergaya, hebat, tampan: ah, ~ sungguh orang itu dgn pakaian rasminya; bertokohkan mempunyai seseorang sbg tokoh: kebanyakan novel Pram sebelumnya yg tidak ~ remaja; menokoh ark menjadi bertokoh: ~ benar mereka dgn pakaian itu; menokohi ark menjadi tokoh pd (cerita, filem): watak Minah yg ~ cerita itu merupa­kan simbol wanita Melayu; menokohkan menjadikan tokoh: ~ Ibrahim sbg lambang iman yg menang dlm meng­hadapi iblis; ketokohan perihal tokoh: Tuan Hess mem-pelajari roman dan perawakan serta ~ si Misai.Kamus Dewan Edisi Keempat
watak1. sifat (seseorang) yg zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dsb): kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yg berpendidikan; 2. tokoh atau pelaku dlm karya sastera atau seni (spt novel, cerpen dan drama, dsb): penulis itu memberikan personaliti kpd tiaptiap ~nya; berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian: dia sendiri memang sudah ~ seniman; berwatakkan mempunyai atau mengguna­kan sesuatu sbg watak: nama Parameswara tidak pernah disebut dlm Sejarah Melayu, tetapi yg disebut ialah Raja Iskandar Syah yg tentunya ~ Islam; memperwatakkan membentuk watak (sese­orang pelaku dlm cerita), menggambarkan (memaparkan dsb) watak: ketaralah bahawa kejadian-kejadian dlm drama “Tamu di Bukit Kenny” tertumpu kpd fikiran, kelakuan, dan tindakan Si Pegawai yg diperwatakkan sbg manusia yg agak baik; perwatakan 1. watak (seseorang) keseluruhan­nya, keseluruhan watak: ~ Panji Semirang pd keseluruhannya tidak lari drpd sifat asasinya sbg seorang perempuan; 2. pembentuk­an watak, penggambaran (pemaparan dsb) watak.Kamus Dewan Edisi Keempat
cenderung1. tidak tegak, condong, senget; 2. menaruh minat (keinginan, kasih, dsb) terhadap sesuatu, suka (akan sesuatu atau melakukan sesuatu), menunjukkan kegemaran kpd: ia lebih ~ membaca novel; 3. berpihak kpd, memilih pihak, menyebelahi, condong: hakim yg adil tidak ~ kpd pihak mana pun; 4. sl lereng bukit (jurang, tebing, dll) yg curam: ~ yg tinggi lagi terjal; mencenderungkan menyebabkan (men­jadikan) cenderung, menyebabkan seseorang berminat (suka, gemar) pd sesuatu: dlm artikel ini, tumpuan akan diberikan kpd peranan ibu bapa membentuk personaliti anak-anak yg ~ mereka kpd penyalahgunaan dadah; kecenderungan kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; berkecenderungan menunjukkan atau mem­punyai kecenderungan (terhadap sesuatu atau utk melakukan sesuatu): sudah ada kes yg menunjukkan bahawa pelarian Vietnam yg sudah biasa dgn kehidupan huru-hara itu ~ utk mencipta fenomena serupa itu di sini.Kamus Dewan Edisi Keempat
baca; ruang ~ bilik tempat membaca;membaca 1. memerhatikan isi sesuatu yg tertulis atau tercetak dgn teliti dan memahamkan makna kandungannya: ~ akhbar (buku, novel, surat, dsb); 2. mengucapkan apa yg tertulis atau tercetak pd buku, papan tanda, dsb secara lisan (dgn kuat): ia ~, adikadiknya mendengar; ~ khutbah berkhutbah; ~ al-Quran mengucapkan ayat-ayat suci al-Quran dgn kuat dan berlagu, mengaji al-Quran; 3. memahamkan makna sesuatu (spt tanda, huruf, dsb) tidak dgn mata tetapi dgn jari-jari: ~ Braille; 4. melihat dan mencatatkan angka yg ditunjukkan pd meter (termometer dsb): ~ meter elektrik; 5. membuat kesimpulan tentang sifat (tujuan, kehendak, dsb) seseorang dgn melihat seseorang secara luaran sahaja: drpd tutur katanya, saya dapat ~ hati budinya; ~ isi hati seseorang; bagaimana British ~ sikap orang Melayu sebelum Malayan Union? 6. mengucapkan baris-baris sajak dgn penuh perasaan di hadapan penonton, mendeklamasi: ~ sajak; 7. meneliti garis-garis pd tapak tangan utk meramalkan nasib seseorang: dia pandai ~ tapak tangan;membacai 1. membaca berkali-kali, mempelajari; 2. Jw menyindir-nyindir;membacakan membaca utk: ia ~ anaknya cerita-cerita dongeng;terbaca membaca secara kebetulan, terjumpa sesuatu (berita dsb) lalu membacanya: saya ada ~ tentang gejala yg serupa ini dlm alam bahasa Jepun; keterbacaan darjah betapa senang atau sukarnya memahami sesebuah teks;bacaan 1. bahan utk dibaca: di kapal itu, disediakan juga ~; ~ ringan bahan bacaan yg kandungannya bukan tentang hal-hal (perkara-perkara) yg serius atau yg (agak) sukar difahami; 2. cara membaca: ~ al-Quran akan diadili oleh pengadil antarabangsa; 3. hasil yg dibaca: jika alat menyukat perjalanan minyak menunjukkan ~ yg rendah, enjin hendaklah dihentikan; 4. yg digunakan utk membaca: bilik ~; bahan ~;pembacaan 1. perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) membaca (buku, akhbar, majalah, dsb): Hikayat Panji Semirang yg diusahakan ini ialah hasil drpd ~ hikayat-hikayat tulisan tangan; ~ akhbar dlm waktu pejabat tidak dibenarkan; suatu tugas besar perpustakaan awam berusaha menggalakkan ~ yg lebih luas di kalangan orang ramai; 2. perbuatan, perihal membaca (meter dsb): ~ meter dibuat setiap awal bulan; 3. perbuatan membaca (mendeklamasi): selain ceramah, akan diadakan pula ~ sajak;pembaca orang yg membaca: majalah ini banyak mempunyai ~nya; ~ pruf orang yg tugasnya membaca (meneliti) pruf dan membetulkan kesilapan yg didapati.Kamus Dewan Edisi Keempat
riwayatAr 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. ke­terangan atau berita tentang perbuatan (per­kataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isteri­nya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (ke­jadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala se­suatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (meng­habiskan) ~nya a) meng­habiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp mem­bunuh atau mem­binasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah; beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. me­ngan­dungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah; meriwayatkan 1. menceritakan, me­ngi­sah­kan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg di­riwayatkan oleh Muslim; periwayatan perbuatan (proses) meng­hurai­kan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil; periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg me­ri­wayat-kan hadis.Kamus Dewan Edisi Keempat
latar belakang1. pemandangan dll yg men­jadi hiasan bagi sesuatu yg utama (dlm gambar dsb); 2. dasar atau asas kpd sesuatu perkara (hal, kejadian, peristiwa, dsb); 3. pengalaman (pendidikan, alam sekitar, dll) seseorang, biasanya yg ada hubungannya atau pengaruh­nya ke atas keadaan dirinya pd sesuatu masa; berlatarbelakangkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg latar belakang: setelah siap, letakkan gubahan ini di sudut ruang tamu ~ dinding atau sebagainya; novel yg ~ desa Gunung Bayu ini dipersembahkan secara lintasan kembali terhadap hidup lampau seorang ketua kampung.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas