pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming) | Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek. | Kamus Komputer |
bahasa berorientasi objek(object-oriented language) | Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan kaedah pengaturcaraan berorientasi objek. Misalnya, Smalltalk dan C++. | Kamus Komputer |
seni bina tertuju objek(object-oriented architecture) | Seni bina komputer yang mempunyai komponen seperti proses, fail, pengendalian I/O, cakera, dan lain-lain yang diwakili sebagai objek yang boleh diolah. | Kamus Komputer |
oop | Singkatan bagi object-oriented programming. Lihat pengaturcaraan berorientasi objek. | Kamus Komputer |
FOIL | Singkatan bagi file-oriented interpretive language, iaitu bahasa pentafsiran berorientasi fail. | Kamus Komputer |
ECOM | Singkatan bagi electronic computer oriented mail, iaitu mel berorientasi komputer elektronik. | Kamus Komputer |
COBOL | Singkatan bagi common business oriented language, iaitu bahasa berorientasi perniagaan sepunya. COBOL ialah bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang dibentuk pada tahun 1959 bagi kegunaan pemprosesan data, khususnya dalam bidang perniagaan dan perdagangan. | Kamus Komputer |
COBOL (kobol) | akronim bagi Common Business Oriented Language (Bahasa Tertuju Perniagaan Sepunya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |