terhad output(output-limited) | Berkaitan dengan proses atau peralatan yang terhad kelajuan pengerjaannya kerana kadar kelajuan data output boleh diambil oleh peranti output. | Kamus Komputer |
kelengkapan output(output equipment) | Kelengkapan yang digunakan untuk mengelolakan output hasil pemprosesan komputer. | Kamus Komputer |
keadaan output(output state) | 1. Sifat atau status bahagian output peranti atau saluran pada sesuatu ketika. 2. Sifat data atau maklumat selepas pemprosesan selesai. | Kamus Komputer |
data output(output data) | Data yang keluar dari liang output atau pangkal saluran penghantaran suatu sistem. | Kamus Komputer |
kemampuan output(output capability) | 1. Had unit beban yang dapat dipacu oleh bahagian output litar tanpa sebarang masalah. 2. Kemampuan pengeluaran sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
unit output(output unit) | Bahagian sistem yang bertanggungjawab mengelolakan persembahan data atau maklumat yang telah diproses ke dalam bentuk yang sesuai untuk pengguna atau sistem yang seterusnya. | Kamus Komputer |
port output(output port) | Pangkal atau hujung saluran untuk menghantar data ke luar. | Kamus Komputer |
peranti output(output device) | Peranti yang berfungsi menyalurkan isyarat, data, atau maklumat yang telah diproses dalam sistem komputer ke dalam bentuk yang sesuai untuk penggunaan manusia atau untuk simpanan ke dalam ingatan kekal sokongan. Misalnya, pencetak, pengawas video, dan pensintesis suara. | Kamus Komputer |
modul output(output module) | 1. Bahagian dalam bungkusan perisian yang bertindak untuk mengelolakan pengeluaran hasil pemprosesan. 2. Peranti dalam peralatan yang mengendalikan pengeluaran. | Kamus Komputer |
kawasan output(output area) | 1. Kawasan dalam ingatan utama yang diperuntukkan bagi simpanan data yang akan dipindahkan ke peranti luar. 2. Tempat hasil pemproses keluar atau boleh didapati. | Kamus Komputer |