paduan | sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
paduan | 1. yg telah dipadu, sesuatu yg telah disatukan (digabungkan dll): ~ suara; 2. persesuaian, kecocokan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paduan | sesuatu yg sudah dipadu; apa-apa yg sudah disatukan. | Kamus Pelajar |
asimilasi | 1. proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup; 2. Id paduan bunyi (konsonan) spt ahlul-nujum menjadi ahlun-nujum; 3. pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu (spt pemaduan unsur-unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan); berasimilasi berpadu menjadi satu;mengasimilasikan 1. menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: jasad kita melalui kuasa ghaib yg maha penting, sentiasa ~ bahan-bahan mentah dan mati yg diterimanya; 2. menjadikan berasimilasi (berpadu, menyerap, dll), menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar;terasimilasi telah diasimilasikan atau berasimilasi: glukos ~; pengasimilasian proses mengasimilasikan sesuatu: bagaimanapun, ~ maklumat itu bukanlah satu tugas yg sukar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gemblengan | paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan yg memanjang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintesis | /sintésis/ 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. 2 kesimpulan umum yg dibuat berdasarkan andaian (hukum dsb) yg lebih khusus. mensintesiskan menggabungkan atau memadukan unsur, sebatian dsb, terutamanya secara kimia, utk membentuk sebatian yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persenyawaan | perihal bersenyawa, perpaduan, penyebatian: percantuman antara sel jantan dgn sel telur ini dinamakan ~; ~ sendiri penswasenyawaan; ~ silang persenyawaan antara dua haiwan atau tumbuhan drpd spesies yg sama; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sintesis /sintésis/ | 1 ist paduan beberapa unsur (sebatian dsb) utk membentuk sebatian lain yg lebih kompleks. | Kamus Pelajar |
cantuman | 1. = percantuman perihal bercantum, pertemuan, pertautan, pergabungan, perpaduan, penyatuan: aku akan terus berjuang utk ~ Singapura dgn Tanah Melayu; 2. = percantuman perihal mencantumkan bahagian-bahagian yg berlainan menjadi satu (motokar dll); 3. barang apa yg dicantumkan atau utk dicantumkan: biasanya barang-barang ini digunakan hanya sbg ~ yg tidak kekal; 4. perihal memindahkan (menumbuhkan) mata tunas suatu pokok pd pokok lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsolidasi | perihal (usaha, proses, dsb) memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan dll); mengkonsolidasikan memperkukuh atau mempererat perhubungan (perpaduan, persatuan, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |