cu I | kep bongsu; pak ~ pak bongsu (pak cik); mak ~ mak bongsu (mak cik). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gaduh | 1 hura-hura atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2 berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram: Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1 berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2 berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1 membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan: Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2 menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gaduh | 1. huru-hara atau gempar kerana perkelahian dll: Mereka berbuat ~ kerana harga barang-barang terlalu tinggi. 2. berasa gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab; berasa tidak tenteram:Pak cik jangan ~, anak pak cik ini akan segera sembuh. Tiap-tiap hari, dia ~ sakit kepala. bergaduh 1. berbuat gempar atau huru-hara; berbuat gaduh: Orang sedang mengaji, kamu semua jangan ~ di sini. 2. berkelahi, sama ada dgn bertumbuk, bertengkar saja atau sampai berbunuh-bunuhan: Mereka yg menjadi ahli kongsi gelap selalu saja ~ antara satu dgn yg lain. menggaduhkan 1. membuat supaya huru-hara atau gempar; menjadikan tidak tenteram; menjadikan gempar; mengharu-birukan:Pihak komunis berusaha hendak ~ negara kita. 2. menyebabkan berasa runsing atau risau; mengkhuatirkan: Di rumah ini semuanya cukup, apa pula yg ~ engkau? pergaduhan perbuatan bergaduh: Ngah Ibrahim tidak dpt berbuat apa-apa utk menghentikan ~ itu. | Kamus Pelajar |
pak cik | a) ~ cu (usu) bapa saudara yg termuda; b) panggilan kpd orang yg separuh umur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pak cik | a) bapa saudara yg muda sekali; b) panggilan yg biasanya digunakan oleh kanak-kanak (kpd bapa kawannya atau orang yg sebaya dgn bapanya). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paman | 1. pak cik, bapa saudara; 2. panggilan kpd orang yg lebih tua yg harus dihormati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
emang | (Sunda) pak cik, paman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mamang IV | (Jw, Sunda) pak cik, paman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengisih | 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
isih | ; berisih beratur; mengisih 1. mengatur, menyusun: pak cik pun mulalah ~ orang-orang yg duduk tidak teratur itu; 2. mengasing-asingkan (menurut jenis, ciri-ciri tertentu, dll): ~ surat; ~ kad-kad perbahanan perkamusan; pengisihan 1. perbuatan mengisih (mengatur, menyusun), pengaturan, penyusunan; 2. perbuatan mengatur (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing-asingan; pengisih 1. orang yg mengisih (mengatur, menyusun), pengatur, penyusun; 2. orang yg kerjanya mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing; 3. alat utk mengisih (mengasing-asingkan menurut jenis dsb), pengasing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |