pautan boleh lakur(fusible link) | Pautan atau sambungan dalam litar peranti semikonduktor yang boleh dilakurkan atau dileburkan. Pautan begini digunakan dalam cip ingatan kekal, seperti peranti ROM dan PLA, untuk membolehkan corak logik tertentu diaturcarakan dengan cara melakurkan pautan atau tidak. | Kamus Komputer |
pautan | 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. 3 ist sambungan dlm sistem komunikasi. 4 ist alat yg menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 5 ist saluran data komunikasi dlm rangkaian komputer. 6 ist sambungan antara dua fail dlm rangkaian komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pautan | 1. hasil memaut (memegang dll), pegangan: mereka pun bersalam-salaman, penuh hormat dan mesra, kemudian ~ tangan mereka terurai; 2. tempat berpaut (berpegang dll), sesuatu yg dipaut: ia masih belum juga berhasil mencari tempat ~ atau tempat tambatannya; 3. hubungannya dgn, kaitannya dgn; 4. tempat menambatkan lembu dll, tempat mengikat ayam; 5. ki tempat asal; ayam pulang ke ~ prb sudah pd tempatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pautan data(data link) | Peranti yang membolehkan penghantaran maklumat dalam bentuk format data. | Kamus Komputer |
pautan asas(basic linkage) | Atur cara yang digunakan berulang kali untuk mengaitkan dua atur cara atau dua rutin menjadi satu. Pengaitan ini mengikut peraturan tertentu yang telah ditetapkan. | Kamus Komputer |
pautan(link) | 1. Sambungan dalam sistem komunikasi. 2. Peranti yang menyambungkan atau merangkaikan dua unsur. 3. Saluran data komunikasi dalam rangkaian komputer. | Kamus Komputer |
pautan | 1 tempat berpaut; pegangan: Amin terjatuh ke tanah setelah ~nya terlepas. 2 tempat memautkan (sesuatu): Kayu ~ lembu itu telah tercabut. | Kamus Pelajar |
lapisan pautan data(data link layer) | Lapisan kedua model ISO bagi protokol perhubungan data. Lapisan ini memberikan cara kerja dan tatacara untuk menubuhkan, menyelenggarakan, dan melepaskan talian data di antara terminal dengan nod rangkaian. | Kamus Komputer |
neksus(nexus) | Pautan atau penyambung yang menghubungkan dua talian. | Kamus Komputer |
neksus | (néksus) (Komp) pautan atau penyambung yg menghubungkan dua talian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |