tindik | lubang yg dibuat pd cuping telinga, pd hidung dsb: Ada ~ pd hidungnya. bertindik berlubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. menindik membuat lubang pd cuping telinga, pd hidung dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tatkala | pd masa; pd ketika; pd waktu: ~ itu, hari sudah gelap. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tepat | 1 lurus arahnya atau lurus tujuannya: Matahari ~ di atas kepala. 2 betul-betul pd waktunya: ~ pd pukul sepuluh malam, kereta api itu pun berlepas dr Kuala Lumpur. 3 betul-betul pd matlamatnya atau pd sasarannya: Tembakan itu ~ mengenai sasarannya. 4 betul jawapannya, dugaannya dsb: Jawapannya itu tidak ~. Ramalannya ~. 5 betul-betul 90 darjah (ttg sudut dsb): sudut ~. bertepatan 1 bersamaan dgn waktunya: Pd tahun itu, Hari Raya Puasa ~ dgn hari Tahun Baru Cina. 2 kena pd tempatnya; sama atau sesuai benar: Ucapannya ~ dgn isu-isu hangat yg sedang diperkatakan. menepati 1 berpegang teguh pd janji dsb; memenuhi janji dsb; menunaikan: Hutang mesti dibayar, janji mesti ditepati. 2 kena tepat pd (sasaran dsb): Tikamannya ~ sasaran. menepatkan menjadikan tepat; mengarahkan tepat-tepat. ketepatan perihal atau keadaan tepat; kejituan. penepatan perbuatan atau hal menepati atau menepatkan. penepat sesuatu yg menjadikan tepat: sudut ~ sudut(-sudut) yg apabila dicampurkan berjumlah 90 darjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pasung | alat drpd kayu yg diberi berlubang dan dipasangkan pd kaki atau pd leher orang yg dihukum atau pd orang gila supaya tidak lari dll: rumah ~ penjara. memasung memasang pasung pd; mengenakan pasung pd: Beberapa kali mereka mencuba ~ orang gila itu tetapi tidak berjaya. memasungkan memasukkan ke dlm rumah pasung; memenjarakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bersumber | 1 ada sumber; berasal: Khabar-khabar yg tidak ~. 2 berasas (pd); bersandar (pd): Laporan yg ~ pd kejadian sebenar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyangkut | 1 melekat pd sesuatu (kawat pd kawat, kain pd duri dsb) kerana berkait. 2 memasukkan atau membawa ke dlm sesuatu perkara (urusan dsb); melibatkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
silia | ist bulu-bulu halus yg terdapat pd bahagian-bahagian tertentu (pd binatang atau pd tumbuh-tumbuhan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertakluk | 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sandar I | ; bersandar 1 duduk atau berdiri sambil mengenakan badan pd sesuatu supaya selesa: Apakah nama pokok kayu tempat kita ~ ini? 2 terletak bersangga (pd): Tongkatnya diletakkan ~ pd dinding. menyandari 1 (membiarkan diri) bersandar pd: Dia dilarang ~ dinding yg baru dicat itu. 2 mengadakan atau memasang tempat utk bersandar. menyandarkan 1 meletakkan sesuatu supaya bersandar (pd): Dia ~ lembingnya pd tiang rumah. 2 ki menjadikan sesuatu sbg bukti, dasar dsb: Dia ~ pendapatnya pd logik. sandaran 1 = penyandar tempat bersandar; tempat menyandarkan sesuatu. 2 ki sesuatu yg dijadikan bukti (dasar dsb): Kata-kata dan pendapat yg dikeluarkan oleh rasul menjadi ~ kpd syariat yg dibawanya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sulur | 1 pucuk ranting atau julai beberapa jenis tumbuh-tumbuhan melata atau melilit; pucuk batang muda. 2 akar yg tumbuh pd cabang atau pd dahan (spt yg terdapat pd pohon beringin). 3 tunas yg tumbuh menjulur pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt bawang, pisang). ~ bayung ukiran yg berupa spt tunas pd bumbung rumah. ~-bulur a. berbelit-belit tidak keruan. b. tidak menentu (bkn percakapan dll). ~ paut julai yg tidak berdaun pd beberapa jenis tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk berpaut pd pokok lain (pd pagar dsb). menyulur keluar menjulur (bkn tunas atau pucuk). sulur-suluran beberapa jenis tumbuh-tumbuhan (spt sirih, rotan, keledek) yg menyulur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |