acuh | peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peduli halal haram | tidak mengendahkan hukum; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tak I | singkatan bagi tidak; ~kan tidak akan, tidak mungkin; ~ apa a) tidak mengapa; b) tidak ada apa-apa; acuh ~ acuh tidak ambil peduli; ~ mboh Tr tidak mahu: Meli ~ mboh ajak kamu pergi melihat perlawanan bola sepak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengah | (léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalankan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ bermain catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerjakan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mempersenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan melakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, terlalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg menggunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambil | ; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, memetik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyimpan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. memegang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapatkan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuannya atau dgn tidak mendapatkan kebenarannya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterangan, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd beberapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan perkahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan memasukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hendak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memerlukan, memakan) masa; ~ menantu menjadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau mendapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik semangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) berkenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) keuntungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ bahagian orang yg mengambil bahagian, peserta. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
haram | 1. hukum tegahan (dlm Islam) yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya: babi ~ dimakan oleh orang Islam; tidak peduli halal ~ tidak mengendahkan hukum; 2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang): dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini; kumpulan ~; rumah ~ rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat; tanah ~ tanah yg diduduki atau dikerjakan tidak dgn izin kerajaan (tuannya); 3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yg tidak menentu; Tanah H~ Mekah dan Madinah; Masjidil~ masjid Mekah; 4. bp sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul: ~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu; 5. bp sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak): ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang; sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~; 6. bp tidak ada, tiada (satu antara yg banyak): ~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung; ~ jadah (zadah) a) (kata makian) anak yg tidak sah (lahir di luar nikah); b) (kata makian secara am) celaka: lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk; mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah: agama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain; 2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dsb), menetapkan (mengisytiharkan) sbg melanggar undang-undang, menegah: kerajaan telah ~ penerbitan buku itu; 3. berteguh hati (berazam) utk tidak melakukan sesuatu: dia ~ dirinya drpd memasuki tempat yg terkutuk itu lagi; pengharaman tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan: ~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan; beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tidak tahu -menahu | a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tahu-menahu | tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persilakan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hisab | 1. (per)hitungan, perkiraan: ilmu ~ pengetahuan bkn menghitung (kira-mengira); 2. sl hirau, endah, peduli: maka dibedil oranglah dr darat kena kapalnya, ~ pun dia tiada; menghisab menghitung amalan baik dan buruk manusia: maka dihisab dan dihitunglah segala kebaikan dan kejahatan mereka; aku ~ dan menghitung diriku sendiri tiap kali selesai solat; menghisabkan mempedulikan, menghiraukan, mengendahkan: beberapa pun dipasang orang mercun dan periuk api dan tempik sorak spt tagar, tiada dihisabkan oleh Belidamani, dirempuhnya juga; terhisab, terhisabkan masuk dlm hitungan, terhitung, terkira: maka tiadalah ~ lagi banyaknya; penghisaban perbuatan atau hal menghisab. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembu I | sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapatkan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) melawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, menghela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. | Kamus Dewan Edisi Keempat |