pelarasan | perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelarasan | perihal melaraskan, penyamaan, penyesuaian; ~ nilai penyesuaian harga sesuatu benda; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelarasan | perbuatan atau hal melaraskan; penyesuaian; penyamaan: ~ karburetor mestilah dilakukan dgn cermat dan pembersih udara dipasangkan pd tempatnya | Kamus Pelajar |
ataksia | (Ubat) kegagalan pelarasan otot kawal sehingga menyebabkan pergerakan otot menjadi tidak teratur dan tersentak-sentak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengoptimuman tempatan(local optimization) | 1. Pelarasan atur cara untuk menggunakan ciri tertentu pada seni bina sesuatu sistem dengan cara yang paling berkesan. 2. Penghapusan sebarang pengendalian tempatan yang tidak berfaedah, seperti memuatkan data ke dalam daftar yang memegang data yang sama supaya atur cara lebih cekap. | Kamus Komputer |
penyenggaraan(maintenance) | 1. Ujian, ukuran, penggantian, pelarasan, dan kerja pembaikan yang dijalankan untuk menjaga peralatan atau atur cara supaya berada dalam keadaan baik. 2. Mengemas kini atur cara supaya bersih daripada ralat atau pepijat dan memasukkan ciri baru untuk menggantikan ciri yang kurang sesuai. | Kamus Komputer |
maklum balas(feedback) | Maklumat atau data yang diperoleh hasil daripada pengendalian dan digunakan untuk membolehkan pelarasan dibuat supaya keadaan pengendalian yang dikehendaki tercapai. | Kamus Komputer |
isyarat suap balik(feedback signal) | Sebahagian daripada isyarat output yang dikirim semula ke bahagian input untuk membolehkan pelarasan sistem secara automatik. | Kamus Komputer |
penjulat | alat yg biasanya dipasang pd senapang atau kamera, utk menganggarkan sesuatu jarak dgn tepat atau utk membuat pelarasan supaya objek kelihatan jelas, sebelum ditembak, diambil gambar dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serasi(compatible) | Sifat peranti atau atur cara yang membolehkannya disambung terus pada sistem atau peranti lain tanpa sebarang pelarasan atau pengubahsuaian. | Kamus Komputer |