nama pemboleh ubah(variable name) | 1. Perkataan atau label yang diberikan kepada pemboleh ubah dalam atur cara tertentu. Nama ini digunakan untuk membezakan pemboleh ubah dan untuk membolehkan rujukan dibuat. 2. Nama yang boleh berubah-ubah bagi sesuatu objek. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah | sesuatu faktor (unsur, ciri, angka, dsb) yg tidak tetap (yg perlu diambil kira dlm sesuatu perhitungan), variabel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemboleh ubah keadaan(condition variable) | Pelbagai penentuan yang mungkin berlaku bagi sesuatu keadaan. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah(variable) | Simbol yang boleh mengambil sebarang nilai dalam set tertentu. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah terkawal(controlled variable) | Pemboleh ubah yang dikawal penggunaannya atau nilai yang diambilnya. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah setempat(local variable) | Pemboleh ubah yang hanya mempunyai pengaruh pada bahagian atur cara atau subrutin di tempat ia ditakrifkan. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah sejagat(global variable) | Pemboleh ubah yang mempunyai pengaruh dan berfungsi di mana-mana bahagian atur cara. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah Boolean(Boolean variable) | Pemboleh ubah yang hanya boleh mempunyai nilai logik daripada salah satu daripada dua keadaan logik. | Kamus Komputer |
pemboleh ubah bersyarat(conditional variable) | Pemboleh ubah yang digunakan untuk memegang syarat bagi suruhan bersyarat. | Kamus Komputer |
argumen(argument) | 1. Pemboleh ubah bebas. 2. Nilai bagi pemboleh ubah bebas. | Kamus Komputer |