pemetaan | perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemetaan | perihal membuat peta; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemetaan(mapping) | Penjelmaan suatu set kepada set lain. Misalnya, penjelmaan senarai seperti data set nama kepada alamat. | Kamus Komputer |
pemetaan | perihal (perbuatan dsb) memeta atau memetakan. | Kamus Pelajar |
hidrografi | kajian pengukuran dan pemetaan lautan, laut, dan sungai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koordinat Cartes(Cartesian coordinates) | Koordinat dalam sistem pemetaan graf linear Cartes. | Kamus Komputer |
selenografi | (sélénografi) cabang astronomi yg berkaitan dgn kajian atau pemetaan ciri-ciri permukaan bulan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alamat maya(virtual address) | Kod yang diwujudkan dalam sistem pemetaan ingatan maya untuk menjadi alamat bagi peranti atau kedudukan ingatan. Alamat ini boleh digunakan sebagai alamat sah tetapi tidak semestinya merujuk kedudukan ingatan yang sebenar. | Kamus Komputer |
topografi | 1 keadaan rupa bumi sesuatu kawasan. 2 huraian atau pemetaan yg terperinci ttg keadaan rupa bumi sesuatu kawasan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
topografi | 1. kajian atau huraian yg terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 2. pemetaan yg terperinci tentang keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 3. keadaan rupa bumi sesuatu kawasan; 4. (Bio) penghuraian sesuatu bahagian tubuh dlm hubungannya dgn struktur lain di sekitarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |