penabung | orang yg menabung (wang), penyimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabung I | 1. bekas drpd ruas buluh dll (utk menyimpan sesuatu), bumbung: ~ air; 2. bekas yg berbentuk silinder: ~ gas oksigen; 3. peti atau kotak (utk surat dll); 4. tempat menyimpan wang (drpd buluh dll), celengan; 5. sesuatu yg berbentuk bulat torak (dlm enjin dll), silinder; 6. wang yg dikumpulkan (dgn mengutip derma dll) utk maksud tertentu, dana: T~ Pertahanan Negara; ~ damak tabung (drpd buluh) tempat menyimpan damak; ~ darah badan yg mengumpul dan menyimpan darah (di hospital dll); ~ didih sj tabung kaca yg berdinding tebal (digunakan dlm makmal utk mendidihkan bahan cecair); ~ empar sj tabung kaca berdinding tebal, kecil, dan digunakan sebagai bekas utk bahan campuran dlm alat pengempar; T~ Haji Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji; ~ kimia Id = ~ uji tabung (bekas berbentuk silinder) drpd kaca utk mengadakan percubaan atau ujian makmal; ~ madat sj paip utk menghisap madat; ~ pekak tabung wang yg biasanya dibuat drpd buluh; ~ pemilihan a) bekas tempat memasukkan lidi yg digunakan sbg ganti surat undi; b) kotak utk memasukkan surat undi; ~ seruas ki tidak dapat menyimpan rahsia; ~ surat peti surat; ~ tablet tabung pil; tinggal di ~ dituntungkan, tinggal di aweh dikiraikan prb telah diberikan atau diserahkan semuanya (pengajaran); menabung menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; menabungkan memasukkan wang dll ke dlm tabung, menyimpan dlm tabung (bank dll): mereka ~ wang syiling atau ringgit lama dlm tin-tin susu yg ditebuk; tabungan 1. tempat menabungkan wang, celengan (drpd buluh dll); 2. = wang ~ wang yg disimpan, simpanan (wang); ~ masjid wang yg dikumpulkan utk keperluan masjid; ~ pos (akaun) simpanan wang di pejabat pos; penabungan perihal menabung wang, penyimpanan wang; penabung orang yg menabung (wang), penyimpan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |