pendaratan | 1 perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2 tempat mendaratkan perahu dll | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendaratan | 1. perihal mendarat atau mendaratkan: kita tidak akan sanggup menahan ~ musuh di pantai-pantai kepulauan kita yg begitu banyak; 2. tempat mendarat atau mendaratkan: orang itu terpacak di tepi pantai, tidak jauh dr ~ perahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendaratan | 1. perbuatan mendarat atau mendaratkan: ~ askar-askar musuh telah dpt dipatahkan. 2. tempat mendaratkan perahu dll. | Kamus Pelajar |
menara kawalan | menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya bagi perlepasan dan pendaratan kapal terbang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlawanan | 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lombol bergalah | acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lompat (ber)galah | (Suk) acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lombol bergalah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menara kawalan | bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sudutan | tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lombol | (Suk) salah satu acara dlm gimnastik; ~ bergalah acara yg menggabungkan larian dan lompatan melepasi palang dgn menggunakan galah, yg berakhir dgn pendaratan di atas tilam, lompat (ber)galah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |