pengerahan | perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengerahan | perbuatan (tindakan) mengerah atau mengerahkan: dasar ~ atau penggunaan senjata hendaklah dirancang dgn berhati-hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengerahan | perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. | Kamus Pelajar |
dati | pengerahan tenaga (utk keperluan raja). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mobilisasi | 1 pengerahan orang utk masuk tentera; kerah tenaga. 2 pergerakan atau peredaran sesuatu sumber kewangan dsb utk mencapai tujuan tertentu: Jumlah modal telah mengehadkan ~ dana. memobilisasikan 1 mengerahkan orang supaya masuk tentera; mengerahkan tenaga. 2 menggerakkan sesuatu sumber kewangan dsb supaya beredar atau berpusing utk mendatangkan keuntungan: Koperasi itu bertanggungjawab utk ~ simpanan agar para anggota memperoleh keuntungan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mobilisasi | 1. pengerahan orang utk masuk askar, kerah tenaga; 2. pergerakan atau peredaran sesuatu sumber (kewangan dsb) utk mencapai tujuan tertentu: jumlah modal itu telah mengehadkan ~ dana; memobilisasi, memobilisasikan 1. mengerahkan orang supaya masuk askar, mengerahkan tenaga; 2. menggerakkan sesuatu sumber (kewangan dsb) supaya beredar atau berpusing utk mendatangkan keuntungan dsb: syarikat itu berfungsi utk ~ simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendemobilisasikan | menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yg dikerah ketika perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
demobilisasi | (démobilisasi) penamatan perkhidmatan (bagi tentera yg dikerah ketika perang); mendemobilisasikan menghapuskan (menamatkan) pengerahan tentera, menghentikan (menamatkan perkhidmatan) tentera yg dikerah ketika perang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerah | ; kerja ~ kerja wajib yg dibuat utk pemerintah dsb (spt membaiki jalan) dgn tidak mendapat upah. mengerahkan memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. kerahan pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. pengerahan perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. pengerah 1 orang yg mengerahkan. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk mengerahkan: gong ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kerah | kerja ~ kerja wajib yg dibuat utk pemerintah dsb (spt membaiki jalan dll) dgn tidak mendapat upah. mengerahkan memanggil orang berkumpul kerana sesuatu perkara atau utk membuat sesuatu pekerjaan beramai-ramai: Mendengar sembah tabib, baginda ~ seluruh rakyatnya mencari bunga bakawali. kerahan pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. pengerahan perbuatan (usaha, cara dsb) mengerahkan. pengerah 1. orang yg mengerahkan. 2. alat yg digunakan utk mengerahkan: gong ~. | Kamus Pelajar |