Maklumat Kata
Kamus Bahasa Melayu
penghias
penghias
[peng.hias] |
ڤڠهياس
Definisi :
1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya.
(Kamus Dewan Edisi Keempat)
[peng.hias] |
ڤڠهياس
Definisi :
orang yg menghias.
(Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
hias
Kata Terbitan :
berhias
,
menghiaskan
,
hiasan
,
perhiasan
,
penghias
,
Juga ditemukan dalam:
Kamus Bahasa Melayu
(9)
Istilah Bahasa Melayu
(11)
Artikel Akhbar
(6)
Artikel Majalah
(2)
Ensiklopedia
(1)
Buku
(1)
Perkhidmatan +
Korpus
e-Tesis
e-Jurnal
e-Kamus
e-Borneo
e-Seminar
i-Pintar
Kamus Bahasa Melayu
Kata
Takrif
Sumber
penghias
orang yg menghias.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
penghias
1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya.
Kamus Dewan Edisi Keempat
penghias
orang yg menghias.
Kamus Pelajar
bantal suari
bantal empat persegi berkerawang (sbg
penghias
);
Kamus Dewan Edisi Keempat
juruhias
orang yg pakar (mahir) melakukan kerja membuat hiasan,
penghias
; ~ dalaman orang yg pekerjaannya mereka bentuk cara menghiasi ruang dalaman sesebuah bangunan (rumah) dgn memilih warna atau perabot yg sesuai dll.
Kamus Dewan Edisi Keempat
bantal
1. galang kepala atau alas tempat duduk yg dibuat drpd kain dijahit spt karung dan diisi dgn kekabu, sabut, span, dsb; 2. galang, alas (pd perkapalan); ~ budak sj penyakit pd perempuan yg baru melahirkan anak; ~ galang a) = ~ kepala bantal tempat meletakkan kepala apabila tidur); b) = ~ golek = ~ peluk bantal bulat yg panjang; ~ sandar bantal yg dipakai utk bersandar; ~ seraga bantal bulat yg bersulam; ~ suari bantal empat persegi berkerawang (sbg
penghias
); lepas ~ berganti tikar prb laki-laki yg berkahwin dgn saudara atau keluarga isterinya yg meninggal; mata tidur ~ berjaga prb perempuan yg berbuat jahat ketika suaminya lengah; orang mengantuk disorongkan ~ prb mendapat sesuatu yg diperlukan dgn tidak disangka-sangka;bantal-bantal 1. benda yg menyerupai bantal; 2. bantal kecil tempat jarum (peniti dll);berbantal, berbantalkan memakai bantal; ~ lengan a) menggunakan lengan sbg bantal; b) seketiduran, tidur bersama-sama dgn kekasih;membantalkan, memperbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal;bantalan benda yg menyerupai bantal (balak penghalang landasan kereta api), bantal-bantal, palang, sengkang;pembantal benda yg dipakai sbg penahan (lapik dll mis pd orang yg burut): ~ itu akan membesarkan burut.
Kamus Dewan Edisi Keempat
hias
; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya.
penghias
orang yg menghias.
Kamus Pelajar Edisi Kedua
hias
berhias
1
=
~ diri
memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan:
Gadis itu pandai ~.
2.
(telah) diperelok.
berhiaskan
memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn:
Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni.
menghias
menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll):
Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni.
menghiasi
menyebabkan kelihatan lebih cantik:
Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu.
terhias
telah atau sudah dihias:
Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja.
hiasan
hasil menghias:
~ di dlm bilik itu sungguh menarik.
perhiasan
sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias:
Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal.
penghias
orang yg menghias.
Kamus Pelajar
hias
; almari ~ almari bercermin tempat menyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juruhias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumahnya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindahkan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandangannya kadang-kadang beralih kpd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya;
penghias
1. tukang hias, juruhias; 2. yg menghiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya.
Kamus Dewan Edisi Keempat
Kembali ke atas
Thanks for clicking. That felt good.
Close
Borang Maklum balas Carian PRPM
@DBP
Malaysia
Pelawat PRPM
@DBP
Malaysia yang dihormati,
Kami sedang berusaha untuk meningkatkan perkhidmatan Carian PRPM
@DBP
Malaysia ini. Komen, pandangan, kritikan dan cadangan tuan/puan sangat kami hargai. Mohon berikan maklum balas seperti berikut :
1. Antara muka pengguna.
2. Domain atau kluster maklumat serta kandungan maklumat.
3. Kepantasan carian.
4. Pandangan dan cadangan keseluruhan.
5. Alamat e-mel atau nombor telefon.
*
Sila tunggu sebentar...