pengilang | orang yg (kerjanya) mengilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengilang | orang (kumpulan dsb) yg memiliki (mengurus) kilang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengilang | orang yg kerjanya mengilang atau yg bekerja di kilang. | Kamus Pelajar |
jenama | jenis barang yg memakai nama khas yg dikeluarkan oleh pengeluar (pembuat, pengilang) tertentu; berjenama mempunyai jenama, ada jenamanya (bkn barang); menjenamakan memberikan jenama kpd sesuatu; penjenamaan pemberian jenama (nama tertentu) kpd sesuatu barang yg dihasilkan: aspek pembungkusan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdawai keras(hardwired) | Sifat sistem kawalan, litar elektronik, atau atur cara terdawai yang disambung kekal oleh pereka bentuk sistem atau pengilang. Dengan cara ini sistem tersebut tidak dapat diubah atau diaturcarakan oleh pengguna. | Kamus Komputer |
standard II | 1. sesuatu yg diterima (diiktiraf) dan dijadikan dasar utk mengukur (menilai dsb) sesuatu yg lain (spt berat, isi padu, nilaian wang, mutu, dll), piawai: supaya tinggi mutu barangnya, tiap-tiap pengilang cuba menentukan supaya barang keluarannya itu memenuhi ~ yg tertentu; 2. taraf (kehidupan); 3. sesuatu yg dianggap tetap nilainya sehingga dapat digunakan sbg ukuran nilai (harga): ~ emas; 4. (bentuk bahasa, ejaan, dsb) yg betul (selaras) dan diterima oleh semua penuturnya, baku: bahasa (ejaan) ~; menstandardkan menjadikan standard (bahasa, ejaan, dsb), membakukan: usaha-usaha utk ~ bahasa Melayu telah lama dijalankan oleh DBP; penstandardan perihal menstandardkan, standardisasi, pembakuan: ~ tatabahasa bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kilang | 1 bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang: ~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1 memproses barang-barang di kilang. 2 menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1 kumpulan kilang. 2 hal mengenai kilang: masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg (kerjanya) mengilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
faktor | 1 keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2 ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3 orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
faktor | 1. keadaan, tenaga atau peristiwa yg mempengaruhi atau yg menyebabkan terjadinya sesuatu: Kemiskinan merupakan salah satu ~ yg menyebabkan anak-anak Melayu tidak maju dlm pelajaran. 2. ist angka penuh (bulat) yg dpt membahagikan angka-angka yg lebih besar dgn tidak berlebih: Angka-angka 2,3,4 dan 6 ialah ~ angka 12. 3. orang yg menjual barang-barang bagi pihak pengilang dgn menggunakan namanya sendiri dan memperoleh komisen; ejen. memfaktorkan ist mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). pemfaktoran ist perihal mencari faktor sesuatu nombor (rangkap dll). | Kamus Pelajar |
kilang | 1. bangunan atau kelompok bangunan yg dilengkapi jentera utk memproses barang-barang:~ kopi; ~ motokar; ~ papan. 2 = kilangan alat yg dpt diputarkan utk memerah (mengisar atau menggiling) sesuatu; apitan; penggiling. ~ getah kilang tempat membuat getah keping. ~ padi kilang tempat mengisar padi. ~ tebu penggiling utk memerah air tebu. mengilang 1. memproses barang-barang di kilang. 2. menggiling (memerah, mengisar) sesuatu dgn menggunakan kilang. perkilangan 1. kumpulan kilang 2. hal mengenai kilang:masalah ~. pengilangan perbuatan atau hal mengilang. pengilang orang yg kerjanya mengilang atau yg bekerja di kilang. pekilang orang yg memiliki atau yg mengurus kilang. | Kamus Pelajar |