Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
oleh
Kata Terbitan : beroleh, memperoleh, perolehan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
mendarabkanmengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10?Kamus Dewan Edisi Keempat
mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10?Kamus Dewan Edisi Keempat
darab1. pukulan: maka drpd ~ palu Johan Alam itu, maka ranap cetai penghulu pen­dekar itu; 2. perkalian, kali-kali; sifir ~ sifir kali-kali (mis 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3, dan seterusnya); mendarab, mendarabkan mengalikan, mem­­perkalikan: bagaimanakah mem­per­oleh jawabannya apabila ~ sesuatu nombor dgn 10? pendaraban proses mendarab atau men­darabkan sesuatu; pendarab angka yg didarabkan dgn angka lain, angka perkalian, pengali (dlm kira-kira).Kamus Dewan Edisi Keempat
kerja mengikut peraturankerja yg dijalankan tidak lebih drpd (atau secara terperinci mengikut) yg ditentukan oleh per­aturan kerja;Kamus Dewan Edisi Keempat
homeostasis(homéostasis) (Bio) pengekalan ciri-ciri fizikal dan kimia tubuh dlm keadaan yg seimbang tanpa dipengaruhi oleh per­ubahan sekitaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruang litupanbidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
ruang liput(an)bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
ruang lingkup= ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu penge­tahuan atau yg diliputi oleh sesuatu per­bincangan (penulisan dsb);Kamus Dewan Edisi Keempat
oleh I/oléh/ 1 kata sendi nama utk me­­nun­jukkan pelaku dlm ayat pasif: Daerah itu telah ditawan ~ musuh. 2 sebab; akibat: Orang itu mati ~ penyakit kepialu. 3 kepada; bagi: Tampak ~nya seorang tua berjalan-jalan. 4 dengan: Bakul itu sarat ~ buah-buahan. beroleh mendapat atau menerima sesuatu: Beliau telah ~ anak lelaki. memperoleh mendapat atau mencapai sesuatu dgn usaha: Kita telah ~ kemerdekaan tanpa menumpahkan da­rah setitik pun. perolehan 1 sesuatu yg diperoleh; hasil; pendapatan. 2 hal ber­­­­oleh. pemerolehan hal atau cara mem­­peroleh. pemeroleh pihak, orang dsb yg memperoleh sesuatu: Per­atur­­­an itu membolehkan pihak tsb me­­min­dah­­kan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
syarikat1. persekutuan, perkumpulan, ga­bungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi per­usahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), per­kongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd mo­dalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. perse­kutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik­-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemu­dahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, ter­utamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multi­nasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau meng­hasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa per­usahaan (spt pembuatan barang, pengen­dalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, ber­muafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhim­punan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id per­kongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan mem­beri lebih banyak sumbangan kpd pem­bangunan negara.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas