perarakan haram | perarakan yg diadakan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (spt polis dsb); ~ raksasa perarakan yg diadakan secara besar-besaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perarakan raksasa | perarakan yg diadakan secara besar-besaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perarakan | perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perarakan | 1. iring-iringan yg mengarak sesuatu, pawai: ~ tidak dapat dibawa kerana hujan; 2. usungan (kereta dll) utk mengarak: Raden Inu pun menyambut isterinya naik ke atas ~; 3. kumpulan orang yg berarak: ~ itu diketuai oleh Yang Dipertua Negeri Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perarakan | perbuatan atau hal berarak: ~ Maulud Nabi telah disertai oleh beribu-ribu orang umat Islam. | Kamus Pelajar |
raptai | persembahan percubaan (bkn perarakan, pertunjukan pentas dll) sebelum pertunjukan yg sebenarnya: ~ perarakan Hari Kebangsaan. ~ lengkap raptai yg para pesertanya memakai pakaian yg lengkap spt semasa pertunjukan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raptai | persembahan percubaan (bkn perarakan, pertunjukan pentas dll) sebelum pertunjukan yg sebenarnya: ~ perarakan Hari Kebangsaan. ~ lengkap raptai yg para pesertanya memakai pakaian yg lengkap spt semasa pertunjukan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
tabut | 1. peti perarakan yg dianyam drpd bilah (menyerupai buraq dll) utk memperingati kematian Hassan dan Hussain pd 10 Muharam; bulan ~ 1 hingga 10 Muharam; 2. perarakan atau keramaian utk memperingati kematian Hassan dan Hussain dgn membawa tabut: ~ perjanjian sj peti berisi batu yg bertulis dgn perintah Tuhan yg diturunkan kpd Nabi Musa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekor I | /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ambalan | perarakan, kumpulan (orang berarak), pasukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |