Perkara II | (Udg) 1. sebutan tentang peruntukan dlm Perlembagaan Persekutuan: ~ 152 Perlembagaan Persekutuan; 2. sebutan tentang sesuatu peruntukan dlm dokumen tertentu, mis Memorandum Persefahaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perlembagaan | undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perlembagaan | undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri: Malaya bersatu padu dlm maksud mencapai kemerdekaan secara ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maktub | kitab suci; memaktubkan menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan: hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk mengurus Perlembagaan Malaya, pemben-tukan sebuah parlimen negara telah dimak-tubkan dlm perlembagaan; termaktub tertulis, tercatat: perkara ini ~ di dlm Perlembagaan Persekutuan; pemaktuban perihal memaktubkan sesuatu: ~ dasar utk menggalakkan pelaburan modal asing. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terakam | 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggubal | membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gubal III | ; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan; tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu; penggubalan perihal (perbuatan, tindakan,dsb) menggubal;penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~undang-undang orang yg menggubal undang-undang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konstitusionalisme | 1. sistem atau prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan; 2. sokongan atau pegangan yg kuat terhadap prinsip pemerintahan yg berdasarkan perlembagaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memaktubkan | menulis (dlm sesuatu), mencatatkan, merakamkan: hasil drpd laporan Suruhanjaya Reid yg telah ditubuhkan utk mengurus Perlembagaan Malaya, pemben-tukan sebuah parlimen negara telah dimak-tubkan dlm perlembagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengarut | 1. menyebabkan karut, mengacaukan (merusuhkan dll); 2. bercakap karut (tidak berketentuan, bohong, dll): setiap orang yg hendak menjadi rakyat negeri ini hendaklah tahu akan kandungan perlembagaan supaya tidaklah dia ~ tentang hak-hak perlembagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |