mempertunjukkan | 1 menjadikan sesuatu (spt wayang, lakonan, tarian) dpt ditunjukkan: Rombongan itu akan ~ beberapa tarian daerah. 2 memperlihatkan barang-barang; mempamerkan: Mereka telah ~ barang-barang buatan tempatan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermain komidi | a) mempertunjukkan berbagai-bagai jenis senaman (spt bertunggang balik dll); b) ki berpura-pura, tidak jujur, berbuat sesuatu dgn tidak berterus-terang, berdolak-dalik (percakapannya); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tayangan | 1 sesuatu yg ditayangkan. 2 pertunjukkan atau persembahan filem dsb: ~ filem tsb akan bermula esok. ~ perdana pertunjukan filem tsb bagi kali yg pertama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tarian serimpi | sj tari yg dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
atur cara | 1 senarai urutan acara (perkara, pertunjukkan dll) yg diikut dlm sesuatu majlis dsb; program. 2 ist urutan arahan berkod yg dimasukkan ke dlm komputer utk membolehkan data diproses (oleh komputer). pengatur cara orang yg mereka bentuk, menulis, dan menguji atur cara komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menayangkan | 1. membawa atau menatang sesuatu: Dolah ~ gelasnya yg berbusa; 2. mempertunjukkan, mempersembahkan (filem dll): filem yg ditayangkan di sana kebanyak-annya filem yg tidak sesuai dgn jiwaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tayang I | menayang membawa di tapak tangan, menatang, menating;menayang-nayang menunjuk-nunjukkan sesuatu; menayangkan 1. membawa atau menatang sesuatu: Dolah ~ gelasnya yg berbusa; 2. mempertunjukkan, mempersembahkan (filem dll): filem yg ditayangkan di sana kebanyak-annya filem yg tidak sesuai dgn jiwaku; tertayang telah ditayangkan, terbawakan, telah diperlihatkan; tayangan 1. sesuatu yg ditayangkan; 2. per-sembahan atau pertunjukan (filem dll): hari itu ada ~ pagi cerita Melayu; ~ perdana persembahan (pertunjukan) kali yg pertama (filem dll); penayangan perihal menayangkan; penayang 1. orang atau pihak yg menayangkan sesuatu (spt filem dsb): nasib filem Melayu bukan sahaja terletak pd pembikinan, tetapi juga merangkumi pihak pengedar dan ~; 2. alat utk menayangkan sesuatu (spt filem gambar dsb): skrin ~ filem digital. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tayang | ; menayang membawa atau mengangkat di atas tapak tangan; menatang. menayangkan 1 membawa sesuatu di atas tapak tangan. 2 menunjukkan filem dsb: Sekali sebulan, pihak pejabat penerangan ~ wayang gambar di situ. tayangan 1 sesuatu yg ditayangkan. 2 pertunjukkan atau persembahan filem dsb: ~ filem tsb akan bermula esok. ~ perdana pertunjukan filem tsb bagi kali yg pertama. penayangan perihal atau perbuatan menayangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tari | = tarian gerakan badan serta tangan dan kaki berirama mengikut rentak muzik; ~ gambus sj tari yg diiringi oleh gambus dan rebana; ~ inai = ~ piring tari dgn menggunakan piring dan lilin (oleh gadis-gadis); ~ keris (sewar, sikin) tari dgn memainkan keris (sewar, sikin); ~ kipas tari dgn memainkan kipas; ~ payung sj tari dgn menggunakan payung; ~ sapu tangan tari dgn melambai-lambaikan sapu tangan; ~ selendang tari dgn memakai selendang; ~ serimpi sj tari yg dipertunjukkan oleh perempuan (di istana Jokja, Solo); menari, bertari ark melakukan tari dgn mengikut muzik: kakak Ramlah sedang ~, sedang berlatih ~; ~ di ladang orang prb bersuka-suka memakai harta orang lain dgn tidak mengingat kerugian orang itu; ~ yg tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkat = sebab tiada tahu ~ dikata-kan tanah lembap prb sebab tidak tahu mem-buat sesuatu pekerjaan, dikatakan perkakas yg salah atau tidak cukup; menari-nari melompat-lompat (kegirangan dll), mendompak-dompak, bergerak-gerak pantas dan lancar (spt gerakan menari | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memutar | 1. menjadikan berputar, memusing(kan): ~ dadu; ~ skru; 2. mengubah arah dll, membelokkan, mengelokkan: meriam itu diputar ke arah kapal perang yg sedang belayar; kesedaran ini akan ~ haluan hidupnya kpd yg lebih sempurna; 3. membelit-belitkan (perkataan dll), membolakbalikkan (kebenaran dll): kebenaran tidak dapat diputar-putar; ia seorang yg pandai ~ perkataan; 4. memindahkan (tanaman dll): apabila ia berumur beberapa bulan pohon itu hendaklah diputar ke tempat lain; 5. mencampur, mengaduk, mengarau; ~ enjin menghidupkan enjin; ~ filem mempertunjukkan filem; ~ lidah membelit-belitkan perkataan, mengingkari (mengubah) janji; ~ otak memikirkan dgn sungguh-sungguh (atau dgn susah payah); ~ percakapan (cakap kecek, perbualan) mengubah tajuk atau pokok perbualan, memindahkan atau membelokkan percakapan kpd perkara lain; ~ wang (modal) menjalankan wang utk berniaga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |