teraju pimpinan | pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk pimpinan | pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pimpinan yg tertinggi. | Kamus Pelajar |
teraju | 1. sj alat penimbang yg memakai dua buah piring yg digantungkan pd lengannya, neraca; 2. tali utk merentangkan (meregangkan) khemah, tali (rantai) utk menggantung lampu dll; 3. tali yg diikatkan pd rangka layang-layang (dr atas ke bawah); 4. ki kuasa tertinggi, pucuk pimpinan; ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan (pimpinan yg tertinggi); ~ palingan tali, manusia palingan Tuhan prb perihal hati yg cenderung kpd kebaikan; ~ yg tak palingan prb hukuman yg adil (saksama); menerajui memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; peneraju orang yg memegang teraju pim-pinan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusara II | Jw tali (teraju, pimpinan); memegang ~ negara memegang pimpinan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peralihan | perihal beralih atau bertukar (drpd satu pucuk pimpinan kpd pucuk pimpinan yg lain, drpd satu keadaan kpd keadaan yg lain dsb), pergantian, pertukaran (keadaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegangan cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk manggis; (memegang) ~ negeri (negara) (memegang) pemerintahan negeri (negara); ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang bahagian subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam sekeliling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencariannya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tampuk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas berpermata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komando | 1. perintah (dlm perbarisan dll), abaaba: ketua pasukan menjerit memberi ~; 2. perintah, pimpinan: di bawah ~ di bawah pimpinan, diperintah (oleh); memegang ~ memegang pimpinan; 3. unit (atau anggota) khas dlm angkatan tentera yg dilatih khusus utk melakukan serangan mengejut terhadap musuh: pendaratan dan pengguguran ~ dijalankan pd malam hari; mengomando memberi komando atau perintah, mengetuai atau memimpin (gerakan tentera dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menerajui | memegang teraju pimpinan, me- memimpin, mengetuai, mengendalikan: usia yg semuda itu dirasakan belum cukup utk ~ sebuah organisasi yg besar dan penting; empat orang yg telah ~ pimpinan pentadbiran Malaysia selama ini adalah orang-orang yg ~ pimpinan Barisan Nasional; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pimpinan | 1 usaha utk memimpin; hasil atau cara memimpin; bimbingan: Di bawah ~nya, pasukan bola sepak kita berjaya memenangi pertandingan itu. 2 yg dipimpin oleh: parti ~ Tun Abdul Razak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |