[plat] | ڤلت
Definisi : jarum penyemat, peniti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[plat] | ڤلت
Definisi : kepingan nipis logam, plastik, dsb utk menulis nama, nombor, dsb; ~ arloji piring jam tempat ditulis angka; ~ layar sarung jari tukang pembuat layar; ~ nombor plat yg memaparkan nombor pendaftaran sesebuah kenderaan (spt kereta, motosikal dsb), biasanya dipasangkan di bahagian hadapan dan belakang kenderaan itu; ~ panas besi leper, biasanya pd dapur gas atau elektrik yg dipanaskan dgn kuasa elektrik, digunakan utk memasak atau memanaskan makanan dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[plat] | ڤلت
Definisi : kepingan logam (plastik dll) yg tipis: nombor ~ nombor yg terdapat pd plat kenderaan. ~ muka plat yg berlubang-lubang permukaannya dan digunakan utk melarik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)