reja | (réja) buangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat dll); ~-~ ayam bahagian ayam (spt kaki, isi perut, dll) yg dibuang; ~-~ kain potongan-potongan kain yg lebih; ~-~ kayu potongan-potongan kayu yg lebih; ~-~ sabun potongan-potongan kecil sabun; ~ sayung (Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn satu permukaannya rata dan yg satu laginya melengkung; ~ tepi (Hut) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd pemotongan tepi kayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja-reja sabun | potongan-potongan kecil sabun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja-reja kayu | potongan-potongan kayu yg lebih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reja-reja kain | potongan-potongan kain yg lebih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengunyahan | perbuatan (proses dsb) mengunyah: gigi berfungsi memotong dan menyiat makanan menjadi potongan-potongan kecil utk memudahkan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampang I | 1. potongan atau keratan yg rata (spt potongan ubi, roti, dll), potongan yg lebar dan pipih (spt potongan roti dll); 2. ark garis tengah bulatan, garis pusat; 3. = ~ tembakau Jk tembakau yg berkeping-keping spt lempeng; menampang mengerat, memotong, menghiris; penampang permukaan yg rata pd sesuatu barang yg dipotong di tengah-tengah muka belahan (keratan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pendapatan | 1. jumlah wang yg diperoleh dlm jangka waktu tertentu (sbg hasil drpd mata pencarian, kerja yg dilakukan, dsb), hasil yg terdiri drpd gaji dll yg diperoleh: ~nya tidak sampai lima ratus ringgit sebulan; ~ kasar pendapatan sebelum ditolak potongan-potongan drpd gaji dsb (kerana bayaran tertentu); 2. (hasil) penemuan buat pertama kalinya (tidak ada atau diketahui sebelumnya), dapatan: ~ Baird dlm lapangan televisyen memberi banyak faedah kpd semua orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potongan | 1 hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
potongan | 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
potongan | 1hasil drpd memotong; keratan. 2 cara sesuatu benda dipotong: baju ~ Barat. 3 bentuk sesuatu benda: ~ muka. 4 bahagian yg telah dipotong: ~ gaji. 5 jumlah wang (harga) yg dipotong drpd harga penuh (asal): ~ 20%. | Kamus Pelajar |