praktik | cara melakukan sesuatu teori; perbuatan melakukan teori: Pd teorinya mudah, tetapi ~nya susah. mempraktikkan melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
praktik | 1. perbuatan melaksanakan teori (keyakinan dll), pelaksanaan: biarpun cinta pd teorinya tidak dibatasi oleh kaya miskin, tetapi pd ~nya begitu; 2. perihal melakukan (menjalankan) pekerjaan profesional (doktor, peguam dll): sudah bertahun-tahun dia membuka ~; mempraktikkan menjalankan spt yg tersebut dlm teori dll, melaksanakan, mengamalkan, melakukan: sekarang mereka cuba ~ apa yg mereka pelajari di Pusat Latihan Perguruan dahulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
praktik | cara melakukan sesuatu teori; perbuatan melakukan teori: Pd teorinya mudah, tetapi ~nya susah. mempraktikkan melakukan apa-apa yg tsb dlm teori: Dia sedang ~ apa-apa yg dipelajarinya dahulu. | Kamus Pelajar |
praktis | berdasarkan kpd sesuatu yg praktik, boleh dan mudah melaksanakannya (menjalankannya, menggunakannya dll), kena benar: komandan perahu memberikan perintah-perintah singkat dan petunjuk yg ~; penubuhan badan cawangan spt yg dilakukan itu dipercayai tidak ~; kepraktisan perihal atau sifat bergunanya sesuatu atau berupayanya melakukan sesuatu, sifat (ciri) praktis: mempersoalkan ~ pedoman yg disediakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nukleonik | (nukléonik) cabang ilmu sains yg berkaitan dgn penggunaan sains nuklear secara praktik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pragmatisme | 1. kepercayaan bahawa kebenaran atau nilai sesuatu teori, ajaran, doktrin, dsb bergantung pd kegunaannya secara praktik; 2. cara menangani masalah atau menghadapi sesuatu isu secara praktikal, sikap pragmatik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegal I | sl kerana, oleh sebab; ~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah; alah bisa ~ biasa prb kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna drpd teori). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jurang | 1. lembah yg dalam, lurah; 2. ki = ~ kehidupan kehidupan yg susah, kemelaratan; 3. ki perbezaan yg memisahkan sesuatu dgn sesuatu yg lain: dlm masyarakat lain juga, ~ antara praktik dan ideal selalu wujud; ~ generasi jurang atau perbezaan yg membeza-kan satu generasi dgn generasi yg lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |