dampil | ; berdampil (duduk) rapat-rapat hingga bersentuhan: duduk ~; mendampilkan meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan): Minah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya; sampannya didampilkannya pd sebuah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taut I | bertaut 1. menjadi rapat (bkn sesuatu yg renggang, bercerai, luka, dll), berkatup rapat-rapat: kemudian bibir mereka ~ beberapa detik; 2. bercantum, berpaut (pd, dgn): sewaktu tangan mereka ~, Dewi merasakan tangan-nya diramas; ~ tangan berjabat (berpegangan) tangan; 3. tumbuh serta melekat menjadi satu, berlekatan (pd, dgn): corong asap dr rumah-rumah kelihatan berkepul sebumbung atap, dan asapnya yg kelabu ~ dgn kabut pekat di udara; 4. berpusat (pd, pandangan, dll), ber-tumpu (pd): fikirannya ~ pd soal pelajaran; 5. bertemu (sungai dgn sungai dll): mata mereka ~ lagi, senyum masing-masing me-lebar; 6. berhubungan (dgn), bertalian (dgn), berkaitan (dgn): kesihatan badan ~ rapat dgn kebahagiaan hidup;menautkan, mempertautkan 1. menjadikan bertaut kembali; kaca dgn sekali banting dapat dihancurkan, tetapi mempertautkannya kembali: tidak semudah itu; 2. mem-perhubungkan (dgn), mempertalikan (dgn), mempertemukan: bilakah akan dapat diper-tautkan dan diperdekatkan perhubungan Amerika dgn Eropah; 3. memusatkan (dgn), menyatukan (dgn): perintah itu bertujuan utk ~ golongan-golongan antara manusia; 4. menumpukan (memusatkan, mengarahkan) pd; tautan hasil bertaut, hubungan, kaitan, cantuman: kesan yg negatif ini mungkin ada ~nya dgn kejadian yg lalu; pertautan perihal bertaut, perhubungan, per-talian: puisi adalah hasil ~ jiwa penyair dan alam di sekitar; taup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merapatkan | 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
damping I | 1. dekat: jauh di mata, ~ di hati; 2. rapat, karib, dekat (bkn hubungan persahabatan, persaudaraan, dsb): persahabatannya itu semakin lama semakin rapat dan ~; kerabat yg ~; berdamping, berdampingan 1. berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; mendampingi 1. berada rapat dgn atau di sisi (seseorang), menemani, mengawani: apabila keluar rumah gadis itu didampingi adiknya; di majlis itu dia sentiasa ~ gadis yg dicintainya itu; 2. datang atau pergi utk berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), menghampiri hingga berada di sisi; 3. berada di kalangan (rakyat dll), tidak menyisihkan (mengasingkan) diri drpd, bergaul dgn: wakil rakyat perlu ~ rakyat; 4. mendekatkan atau menghampirkan diri dgn: mereka tidak ~ al-Quran sbg kitab petunjuk; mendampingkan 1. meletakkan (mendudukkan dsb) berdekatan, merapatkan: kedua-dua pengantin itu didampingkan di atas pelamin; 2. mengeratkan hubungan: negeri di utara masih ~ diri dgn monarki Chow; kedampingan ark kerapatan, kekariban (perhubungan dsb), keeratan; perdampingan perihal berdamping: oleh sebab ~nya yg ikhlas ini, mandur besar sayang kepadanya. pendampingan perihal mendampingi atau mendampingkan: kelainan ~ berlaku apabila pemilihan dan penggantian itu tidak normal; pendamping orang yg sering mendampingi seseorang (biasanya dapat memberikan nasihat, semangat, panduan dsb): kedudukan wanita sbg ~ suami; ~ bahasa orang yg turut serta dlm sesuatu perbincangan dsb utk memberikan nasihat, panduan dsb dr segi linguistik atau kebahasaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepil | berdamping(an), berdampil, berhampiran, berdekatan, rapat; mengepil berdampingan (berdampil) dgn, berdekatan (berhampiran) dgn; belayar ~ pantai belayar menyusur (berhampiran dgn) pantai; berjalan ~ ibunya berjalan berdampingan dgn ibunya; mengepilkan 1. menjadikan (menyebabkan) rapat atau berdekatan, mendampingkan, merapatkan, menambatkan (perahu, gajah, dll): maka Peringgi pun mudiklah menyongsong, dikepilkannya segala perahunya di Kota Kara; maka gajah pun dikepilkan di balairung; 2. menyertakan (bersama sesuatu): bil yg berkenaan dikepilkan bersama surat ini; terkepil terletak bersaingan (berdampingan, berdekatan, rapat) dgn: maka usungan pun ~lah di astaka, maka raja pun naik ke atas usungan lalu berangkat ke masjid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rapat I | 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu; rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~; berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur; merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai; merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hubungan persahabatan dll), selalu mengunjungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama drpd mereka; merapatkan 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~ kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan; memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik; rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihat-an ~nya lagi; kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara; perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tindih | bertindih 1. bersusun yg satu di atas yg lain, berlapis-lapis: beberapa fail tersusun bertindih-tindih di atas gerobok; ~ bangkai (mayat) bangkai (mayat) bertimbun-timbun; ~ bersusun bertompok bersusun-susun; ~ riba (dgn) = ~ paha (dgn) duduk berdekatan (berdampingan) dgn; jatuh ~ jatuh yg satu menghempap (menimpa) yg lain; 2. berasak-asak, berdekat-dekat, rapat-rapat (penuh sesak): berkampunglah segala isi negeri, sekalian itu habislah ia berkampung penuh sesak, bertindih-tindih; berjalan ~ berjalan berasak-asak (berjejal-jejal) rapat; duduk ~ (bertindih-tindih lutut) duduk rapat-rapat; 3. mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama atau serupa; tindih-bertindih saling menghimpit (meng-hempap); bertindihan tindih-bertindih; menindih 1. meletakkan sesuatu di atas: surat-surat di atas meja itu ditindih dgn sebuah buku supaya tidak berserakan ditiup angin; 2. menekan dr atas, menghempap, menghimpit, menimpa: ahli gusti itu merebahkan lawannya dan ~nya kuat-kuat; 3. ki menindas, memeras, menganiaya, menyusahkan: di sini ada orang yg hidup dgn keuntungannya dan ada yg hidup terus terlantar, yg satu ~ yg lain; yg rebah ditindih ki yg sudah malang (miskin) bertambah malang (miskin); ditindih yg berat, dililit yg panjang prb tidak berupaya melepaskan diri drpd kekuasaan orang (drpd kemalangan dll); tindih-menindih 1. hempap-menghempap, timpa-menimpa; 2. tindas-menindas, saling menganiaya; tertindih 1. menindih (atau ditindih) dgn tidak sengaja: dia disengat akibat ~ lipan apabila memusingkan badan; 2. ditindih (ditekan atau diasak dr atas), terhempap: dia ~ olehnya ketika mereka sedang nyenyak tidur; 3. ki mengalami kesusahan, tertekan, ter-himpit: barangkali limpahan batik fesyen baru di pasaran menyebabkan batik keluaran syarikatnya ~; tindihan himpitan, tekanan, tindasan; ketindihan 1. tertindih, tertekan; 2. Jk tidak dapat bergerak-gerak ketika sedang tidur; pertindihan perihal atau keadaan mencakupi atau meliputi aspek-aspek dsb yg sama: ~ fungsi; penindihan perihal menindih, penghimpitan, penekanan, penindasan; penindih alat utk menindih (kertas, surat, dll): ~ kertas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendampilkan | meletakkan (mendudukkan) supaya rapat (bersentuhan), merapatkan (bersentuhan): Minah ~ dirinya di sisi Osman, kekasihnya; sampannya didampilkannya pd sebuah perahu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanggam | tanggam 1. sambungan kayu yg bertakuk-takuk supaya rapat dan teguh; 2. sj penyepit (drpd besi); bertanggam 1. bersambung rapat (kayu dll); 2. ki berhubungan rapat dan erat; ~ muka berhadapan (bertemu) muka; menanggam 1. menyambung kayu dgn takuk-takuk; 2. ki menyambung atau menghubungkan erat-erat (spt mengahwinkan dll); 3. menyepit dgn tanggam besi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karib | 1. dekat (hubungan kekeluargaan); ~ (dan) baid dekat dan jauh (sanak saudara); ~ kerabat saudara-mara yg dekat; 2. rapat, erat (persahabatan dll): kawan ~ kawan yg rapat; berkarib bersanak saudara, bersahabat baik, erat (rapat) perhubungannya: ia ~ benar dgn Mak Guna yg bijak itu; mengaribi bersahabat baik dgn, mendekati; mengaribkan merapatkan atau mengeratkan (persahabatan, persaudaraan, dll); kekariban 1. perihal persaudaraan atau hubungan kekeluargaan; 2. perihal erat atau rapat (perhubungan, persahabatan), keeratan (perhubungan, persahabatan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |