rekreasi | (rékréasi) kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat dan menghiburkan hati, riadah; berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil menjalankan tugas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
riadah II | Ar 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pd waktu lapang utk menyihatkan badan dan fikiran (spt bersenam, bermain, dsb), rekreasi; beriadah 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hutan rekreasi | hutan lipur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman hutan | (Hut) kawasan hutan yg diurus sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman hutan | ist kawasan hutan yg diurus atau diselenggarakan sbg kawasan rekreasi atau kawasan bersejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
beriadah | 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gazebo | (gazébo) sj pondok kecil tanpa dinding, yg terletak di taman rekreasi, di halaman rumah dsb, tempat orang berehat, menikmati pemandangan sekeliling dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar taman | bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taman botani | kawasan yg ditanami pelbagai spesies tumbuhan utk penyelidikan, pemelajaran dan rekreasi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
speleologi | (spéléologi) 1. kajian saintifik tentang gua, terutamanya dr segi pembentukan geologi dan juga flora dan fauna yg terdapat di dalamnya; 2. rekreasi meneroka gua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |