bumbu | Id 1. bahan-bahan spt rempah-ratus (bawang, cabai, asam, halia, dll) yg digunakan utk memasak lauk-pauk (supaya sedap rasanya); 2. ki sesuatu (unsur, faktor) yg menyedapkan cereka atau karangan: disadurnya ceritera Yunani lama dan ceritera Persia Kuno, dgn memberikan ~ di sana sini, agar sedap dibaca;berbumbukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bumbu: masakan yg mewah dgn santan dan banyak ~ rempah-ratus menerbitkan aroma harum yg tersendiri;membumbui 1. membubuh bumbu pd, merempahi: ~ ikan sebelum dimasak; 2. menambah-nambahi (supaya menarik dll): huraiannya yg berbunga dan berwarna kadang-kadang dibumbui kisah-kisah yg nyaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumbu | bahan-bahan perencah spt rempah-ratus, asam, garam yg digunakan utk menyedapkan masakan. membumbui 1 membubuh bumbu pd. 2 ki menambah-nambah (laporan dsb) supaya menjadi lebih menarik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bumbu | bahan-bahan perencah spt rempah-ratus, asam, garam dsb yg digunakan utk menyedapkan masakan. membumbui 1. membubuh bumbu pd. 2. ki menambah-nambah (laporan dsb) supaya menjadi lebih menarik. | Kamus Pelajar |
majun | I ubat tradisional (dibuat drpd herba dan rempah ratus) yg dibentuk bulat-bulat dan dimakan utk menyihatkan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam percik | ayam panggang yg disaluti sos yg diperbuat drpd santan dan rempah ratus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rempah-ratus | a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam percik | ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berbumbukan | mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg bumbu: masakan yg mewah dgn santan dan banyak ~ rempah-ratus menerbitkan aroma harum yg tersendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rempah II | benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka); rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah; merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur; perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ayam | beberapa jenis binatang (yg bentuk tubuhnya seakan-akan burung tetapi tidak pandai terbang) yg biasanya dipelihara, Gallus gallus. ~ belanda sj ayam yg besar, Meleagris gallopavo. ~ beroga (denak, hutan) sj ayam liar, Gallus bankiva. ~ biring ayam jantan yg kuning kakinya. ~ bulu balik ayam yg bulunya terbalik. ~ dara ayam betina yg hampir bertelur. ~ katik ayam yg kecil. ~ percik ayam panggang yg disaluti sos atau kuah yg dibuat drpd santan dan rempah-ratus. ~ sabung ayam yg dipelihara utk disabung. ~ serama sj ayam peliharaan yg kecil, jinak, berbulu cantik dan berkaki pendek. ~ tambatan ki orang yg dianggap hebat dan diharapkan dpt membawa kemenangan dlm sesuatu perlawanan, mis bola sepak dan bola jaring. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |