sangat-sangat | 1 = tersangat terlalu sangat; teramat sangat: ~ pedihnya. 2 sungguh-sungguh benar; tidak olok-olok lagi: Dia ~ memerlukan bantuan tuan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangat-sangat | 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengghairahi | sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangat | 1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ghairah | kemahuan hati atau nafsu berahi yg kuat; penuh minat atau penuh perasaan: Dgn penuh ~, dia menunggu jawapan drpd gadis itu. mengghairahi sangat mengingini; sangat-sangat berkehendak akan sesuatu: Dia ~ jawatan Ketua Bahagian itu. mengghairahkan menimbulkan kemahuan hati atau rasa berahi yg amat sangat: Filem-filem lucah yg ~ tidak boleh ditayangkan di negara kita. keghairahan keinginan (keberahian, kehendak) yg amat kuat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tersipu-sipu | malu sangat-sangat; malu sungguh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sipu | ; tersipu-sipu malu sangat-sangat; malu sungguh. kesipu-sipuan dlm keadaan tersipu-sipu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
benci | (berasa) tidak suka; sangat-sangat tidak suka: Saya ~ akan sikapnya yg suka mengeji. membenci tidak menyukai; tidak suka kpd: Kerana perangainya yg buruk, banyaklah orang yg ~nya. kebencian 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. pembenci 1 orang yg menaruh perasaan benci; orang yg membenci: Dia memang ~ peperangan. 2 sesuatu yg digunakan utk menimbulkan perasaan benci: ubat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengidamkan | , mengidam-idamkan 1 sangat ingin hendak makan sesuatu: Puteri itu ~ buah mempelam. 2 sangat-sangat berharap akan mendapat sesuatu: Setiap rakyat ~ keamanan dan kemakmuran negaranya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memuncak | meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |