Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hingga
1. Bersinonim dengan batas
( had, takat, sempadan, )
(kata nama:)

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan sampai, lajak, takat,
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan menyebabkan
( membawa ke, mengakibatkan, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : sehingga, hinggakan, sehinggakan, berhingga, menghinggakan, terhingga, perhinggaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
oligopoli(Eko) keadaan pasaran yg bilangan penjualnya begitu kecil sehinggakan tindakan salah seorang drpd mereka boleh mempenga­ruhi harga dan dgn itu mempunyai kesan yg ketara ke atas pesaing.Kamus Dewan Edisi Keempat
anjakan membulat(circular shift)Tindakan menganjakkan bit atau aksara sehinggakan ia terkeluar di hujung daftar dan memasuki hujung daftar senarai yang berlawanan.Kamus Komputer
pentarikhanperihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya mementingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai;Kamus Dewan Edisi Keempat
substandard1. lebih rendah drpd standard yg ditetapkan atau yg dikehendaki; 2. berkaitan dgn dialek atau ciri penggunaan bahasa yg berbeza drpd bahasa standard (sehinggakan penggunaannya dipandang rendah oleh masya­rakat): penggunaan dialek dianggap sbg ~ oleh sesetengah ahli bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
hingga1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = se­hingga, hinggakan, sehinggakan sam­pai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); berhingga ada batasnya (hadnya), berbatas: air matanya bercucuran tiada ~ spt air laut; menghinggakan, memperhinggakan me­­netap­kan batasnya (jumlah dll), membatasi, mengehadkan: suka sangat rasa hatinya, tidak dapat diperhinggakan; terhingga terbatas, terhad: kpd beliau ini kita berhutang budi yg tidak ~; maka Laksamana keluar masuk istana tiadalah ~ lagi; perhinggaan batas (batasan).Kamus Dewan Edisi Keempat
tarikh1. perhitungan tahun: ~ Hijrah; ~ Masihi; 2. bilangan (angka) utk menyatakan tahun: ~ 1350 Hijrah; 3. hari bulan dan tahun, tanggal: tiap-tiap surat mesti dibubuh ~; ~ bagi perundangan selanjutnya akan ditetap-kan; 4. kitab sejarah, riwayat, tambo, tawarikh: kitab ~ kerajaan Johor; ahli ~ ahli sejarah;bertarikh bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960;mentarikhkan 1. membubuh (menuliskan) tarikh; 2. mencatat tarikhnya; 3. menuliskan dlm buku peringatan (riwayat);pentarikhan perihal mencatatkan tarikh bagi sesuatu peristiwa: ciri penulisannya me-mentingkan ~ sehinggakan karya-karya dapat dijadikan sumber sejarah yg dinilai; ~ karbon (Kim) kaedah menentukan usia objek organik yg sangat tua, mis tulang, kayu dsb melalui pengiraan jumlah isotop karbon tertentu di dalamnya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas