Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejengkal

Puisi
 

Buah-buah rotan dan batu,
     Jauh sejengkal dimakan angin;
Apa khabar ayah bondaku,
     Baru merasa sejuk dan dingin.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Bermaksud :

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

 

Lihat selanjutnya...(13)

Lihat selanjutnya...(1)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hastapanjang dr hujung siku sampai ke hujung jari hantu (depa atau 45.72 sentimeter): keris itu se~ panjangnya; lengan ~ Id ruas siku, lengan bawah; tulang ~ tulang ruas siku; diberi sejengkal hendak se~, diberi se~ hen­dak sedepa prb diberi sedikit hendak banyak; mencari yg se~ sejengkal prb menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kerabat; yg se~ takkan jadi sedepa prb sesuatu yg tidak dapat diubah; menghasta mengukur (menyukat) dgn has­ta; spt ~ kain sarung prb pekerjaan yg sia-sia.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyisip1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi;Kamus Dewan Edisi Keempat
sayakMn tempurung (yg dikerat dua): air yg jernih, ~ yg landai prb hukuman yg adil; berandam se~ air, berpaut sejengkal tali prb peri penghidupan yg amat susah; biasa di ~ dibawa ke dulang, biasa di awak ke orang prb orang yg suka mencela orang lain yg melakukan sesuatu yg tidak baik, tetapi diri sendiri pun gemar melakukannya; dijual ~ dibeli tempurung prb sama sahaja halnya (yg hilang sama dgn penggantinya).Kamus Dewan Edisi Keempat
sisip;bersisip terletak dll di celah-celah (di sela-sela), terselit: sepucuk pistol ~ di ping­gangnya; ~ keris a) memakai keris dgn me­nyelitkannya di pinggang; b) ki masih muda atau belum keluar mayangnya (pohon kelapa), dara; bersisipkan memakai sesuatu (keris dll) dgn menyelitkannya di pinggang: di dlm andung itu duduk seorang bangsawan dgn pakaian yg indah, ~ keris; menyisip 1. masuk di celah-celah (di sela­sela): ditikamnya Raja Suran, kena baluhan gajah, sejengkal ~ ke sebelah; 2. = menyisipi memasang atap baru (menggantikan atap lama), menutup atap yg bocor: Kamal telah ~ bahagian-bahagian atap yg bocor dgn daun pisang atau dgn upih pinang; 3. = menyisipi menyirat (jala, jaring, dll): sentiasa baldu itu disisipnya; 4. = menyisipi (Lin) membubuh sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata-kata: perkataan “gilang” apabila disisipi dgn “em” menjadi “gemilang”; 5. = menyisipi menukar tanaman yg mati (yg kurang baik) dgn tanaman yg elok dan lebih segar: ~ padi; menyisipkan, mempersisipkan 1. memasuk­kan di antara dua benda (di celah-celah, di sela-sela), menyelitkan: bunga itu disisip­kannya ke lubang kancing baju tentang dadanya; pura ialah sj pundi-pundi tempat menyimpan wang yg disisipkan di pinggang; 2. memasukkan (ke dlm cerita, buku, dll), memuatkan: bahagian-bahagian lucu di­sisipkan di sana sini; 3. menggunakan sesuatu utk menyisip (atap, jala, dll); 4. (Lin) me­masukkan sisipan (em, el, er, dsb) dlm kata­kata: ~ “em” dlm kata “guruh” menjadi “gemuruh”; tersisip 1. sudah disisip, terselit: sebilah keris ~ di pinggangnya; 2. terkandung (termasuk) dlm; sisipan 1. sesuatu yg disisipkan; 2. (Lin) imbuhan (el, em, er, dsb) yg disisipkan di tengah-tengah sesuatu kata pokok; kesisipan termasuk (tertikam) sesuatu ke dlm daging, kemasukan; penyisipan (Lin) perihal membubuh sisipan pd kata-kata pokok; penyisip alat utk menyisipkan sesuatu: pro­ses ini memerlukan ~ utk menegangkan anyaman.Kamus Dewan Edisi Keempat
berendam1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya; perendaman perbuatan dsb merendam (me­naruh dlm air).Kamus Dewan Edisi Keempat
rendam; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba ke­kurangan); merendam menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan di­kering­kan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air; merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; di­rendam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir; terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerja­kan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;Kamus Dewan Edisi Keempat
kail I1. = mata ~ dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), mata pan­cing; jenis-jenisnya: ~ ambur; ~ berladung; ~ kacar, dll; 2. alat drpd benang (tali) dan dawai yg hujungnya berkait dan tajam (utk menangkap ikan), pancing; tali ~ tali yg dipakai utk mengikat mata kail (utk meman­cing); ~ sebentuk umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut = umpan seumpan ~ sebentuk prb melakukan sesuatu dgn tidak cukup persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan (spt berniaga dgn modal alang kepalang dll); bongkok ~ hendak mendapat (mengena) prb tipu muslihat utk mencari keuntungan bagi diri sendiri; kalau ~ panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga prb kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yg besar; mengail menangkap ikan dgn kail, meman­cing; ~ berumpan berkata bertipuan prb utk mendapat sesuatu drpd orang haruslah pandai mengambil hatinya; terkail (ter)kena kail, terpancing; pengail 1. orang yg mengail; 2. alat utk me­ngail (memancing).Kamus Dewan Edisi Keempat
tanduk I1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg ber­bentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tan­duk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi me­leng­kung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb sese­orang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg ber­lainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya se­­hingga jikalau orang lain yg membuat ke­jahat­an orang menyangka dia juga; meng­hendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn peri­hal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (da­pat) ~ telinga dipulas prb sanggup mela­ku­­kan apa sahaja asal dapat membalas den­dam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tan­duknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (ker­bau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola.Kamus Dewan Edisi Keempat
perut I1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segala­gala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman ma­kanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengan­dungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kan­tung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pen­cernaan makanan yg berupa saluran yg pan­jang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu milik­nya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari peng­hidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perem­puan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas