sekecil-kecil(nya) | paling kecil: agar dosanya dari yg sebesar-besarnya hingga kpd yg ~ diampunkan Allah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serambut | sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nisab | bilangan atau jumlah yg sekecil-kecilnya yg mewajibkan pembayaran zakat bagi sesuatu harta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nisab | bilangan atau jumlah yg sekecil-kecilnya yg mewajibkan pembayaran zakat bagi sesuatu harta. | Kamus Pelajar |
nisab II | Ar bilangan (jumlah) yg sekecil-kecilnya bagi benda yg dikenakan zakat: harta yg kita peroleh itu wajib dikeluarkan zakat jika cukup ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sensitif /sénsitif/ | 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). | Kamus Pelajar |
memutuskan | 1. menjadikan putus, mengeratkan: aneh sekali perkara yg sekecil itu rupanya yg ~ perhubungan persaudaraan antara dua beradik itu; perhatikan gerakan jarum kompas apabila arus itu dijalankan atau diputuskan; 2. menyelesaikan (sesuatu yg sedang berjalan), menangguhkan, membatalkan, memansuhkan (perjanjian dll): fikiran orang itu diputuskan oleh bang sembahyang Isyak; mereka bersetuju tidak akan ~ perjanjian tanpa berunding lebih dulu; tiba-tiba dia ~ ceritanya yg baru hendak dimulai; 3. mengambil ketetapan, menentukan, menetapkan: kuasa tertinggi sekali bagi membuat undang-undang dan ~ dasar-dasar pemerintahan negara ialah parlimen; kalau tidak jua dapat diputuskan barulah dibawa kpd orang tua-tua atau guru; 4. menjatuhkan hukuman, menghukum: sesiapa pun tidak boleh membuat komen tentang kes yg masih belum diputuskan oleh mahkamah; ~ cakap menyela cakap orang; ~ fikiran (hati, niat) menetapkan fikiran (hati, niat); ~ nyawa (umur) a) membunuh, mematikan; b) mati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
se hujung rambut = (sampai ke) hujung rambut | (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sensitif | /sénsitif/ 1 mudah tersinggung (bkn perasaan); mudah berasa; peka. 2 dpt menunjukkan perubahan yg sekecil-kecilnya (bkn jangka suhu, dacing dll). kesensitifan perihal atau keadaan sensitif, kepekaan: ~ pihak tertentu terhadap isu tsb haruslah diberi perhatian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memutuskan | 1 membuat jadi putus; menjadikan putus: ~ kawat elektrik. 2 membuat jadi berpisah atau bercerai; membatalkan; menghabiskan: Perkara sekecil itu tidak seharusnya sampai ~ tali persahabatan kamu berdua. Berdosa jika kita ~ silatulrahim. 3 mengambil sesuatu ketetapan; menentukan; menetapkan: Pihak kesatuan telah ~ utk membawa perkara itu ke mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |