babai | bp 1. selamat jalan (diucapkan kpd orang yg berpergian); 2. selamat tinggal (diucapkan oleh orang yg berpergian). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tabik | 1. ucap selamat, salam, selamat (pagi, petang, malam): maka aku memberi ~ demikian bunyinya, “selamat pagi, tuan”; 2. perbuatan menghormati (dgn cara mengangkat tangan dll), hormat, takzim: jalannya keras, tangannya berpintal membuat ~; 3. = tabik-tabik minta maaf (ketika melakukan sesuatu), minta izin: jika kita lalu di belakang orang yg sedang duduk, mahulah kita meminta ~ hendak berbuat demikian;kirim ~ sampaikan salam; minta ~ a) minta maaf (ketika masuk ke tempat keramat dll); b) memberi salam (ketika bermohon diri); bersitabik Mn mengalu-alukan tetamu dgn memberi hormat; bertabik hormat-menghormati: dlm percampuran itu lelaki perempuan tidak ~ lagi;menabik 1. memberi salam; 2. memberi hormat (dlm perbarisan dll), mengangkat tabik: kemudian kuangkat tangan ~ kpd mereka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
marhaban | Ar 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk memuji-muji Nabi (pd perayaan Maulidur Rasul dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 1. terpelihara atau terhindar drpd bencana, terlepas drpd bahaya: tidak ~ berdiri tegak di dlm perahu yg kecil; ~ dr nahas jalan raya; 2. aman sentosa, sejahtera, tidak mendapat apa-apa gangguan: si kecil berasa ~ di dlm pelukan ibunya; 3. ucapan atau doa dgn harapan supaya sejahtera (terhindar drpd segala bencana, sampai hajat, dll) atau sbg tanda bersyukur: ketiga-tiga ratu itu pun me-nyuruh penggawanya membawa persembah dan memberi ~ akan baginda sesudah ber-putera; doa ~; kenduri ~; 4. harapan supaya aman sentosa (sejahtera dll) yg diucapkan sbg tegur sapa (salam): ~ datang; ~ jalan; ~ malam dll; berselamat mengucapkan kata-kata sapaan spt selamat pagi atau selamat petang kpd seseorang: tidak pernah aku ~ pagi kepada-nya; menyelamati ark mengadakan kenduri utk; menyelamatkan 1. menjauhkan bencana (bahaya dll) drpd seseorang dll, mengusahakan (melindungi dsb) supaya selamat: berlari dan berterjunanlah orang-orang Cina itu ~ diri masing-masing; sangatlah sukar hendak ~ bangunan yg terbakar manakala angin yg kencang sedang bertiup-tiup; 2. menjimatkan wang (waktu, tenaga) supaya tidak terbuang dgn sia-sia: berfikirlah dahulu sebelum melaku-kan sesuatu supaya masa dan tenaga dapat diselamatkan; 3. mengebumikan (mayat): mayat orang mati itu telah diselamatkan; 4. meng-adakan kenduri utk, menyelamati; terselamat terhindar atau terpelihara drpd bencana (bahaya dll), (telah) dijauhi drpd sebarang kecelakaan: saya sedia perhamba-kan diri asalkan saya ~ drpd pengkhianat-pengkhianat itu; selamatan kenduri utk mendapat selamat: tidak lama lagi ia akan mengadakan ~ di rumahnya; berselamatan 1. mengadakan kenduri (selamatan); 2. ark saling mengucap selamat; keselamatan perihal selamat, kesejahteraan, keamanan: saya memang selalu menjaga ~ seseorang yg berkerabat dgn saya; ~ dlm negeri; penyelamatan perbuatan (usaha dsb) menyelamatkan; penyelamat orang yg menyelamatkan: se-karang saya telah menjadi isterinya, dan ia telah mengaku akan menjadi ~ bukan perosak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selamat | 1 terlepas drpd segala bahaya atau bencana; tidak mendapat gangguan apa-apa: Kami telah ~ sampai di London pd pukul 10.00 pagi. 2 ucapan atau doa yg berisi harapan supaya tidak kurang apa-apa, tidak terjadi sesuatu yg tidak baik, atau supaya sejahtera: Ketika dia berkahwin dahulu, banyak sahabat handai yg memberi ~ kpdnya. doa ~; ~ jalan; ~ pengantin baru. menyelamatkan mengusahakan supaya selamat; menjauhkan bencana atau bahaya: Mereka lari lintang-pukang kerana hendak ~ diri. keselamatan keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. penyelamat orang yg menyelamatkan (seseorang atau sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpisah | 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucapkan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bela | ; membela 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. belaan yg dibela: haiwan ~. pembelaan 1 perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2 perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membela | 1 menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2 menjaga atau memelihara binatang ternakan: Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3 menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bela | membela 1. menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2. menjaga atau memelihara binatang ternakan:Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3. menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. pembelaan 1. perbuatan memelihara (menjaga dsb); pemeliharaan; penjagaan: ~ orang sakit. 2. perbuatan mempertahankan negara dll supaya selamat dsb. pembela orang yg membela: ~ ayam. | Kamus Pelajar |
membela | 1. menjaga atau memelihara baik-baik; mengasuh: Ia ~ anaknya dgn penuh kasih sayang. 2. menjaga atau memelihara binatang ternakan:Di samping bersawah, ayah ~ kambing. 3. menjaga negara supaya selamat; mempertahankan supaya selamat; menyelamatkan: Jika mahkota ini tidak dibuang, tiada patik semua dpt ~ kenaikan ini. | Kamus Pelajar |