entah | 1. = entahkan tidak tahu: siapa dia? E~; macam mana perkara ini mahu di-selesaikan? E~lah; entahkan beberapa zaman lamanya cerita dibawa air yg hilir, angin yg lalu dan burung yg terbang; 2. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi: ~ benar, ~ tidak, tak tahulah!; jikalau Paduka Tuan mau melanggar pd malam Jumaat tatkala Sang Setia melanggar, ~ kesukaran gerang Melaka; 3. sama ada ... atau ...: ~ setuju, ~ tidak, kita buat juga; entah-entah 1. kalau-kalau, barangkali, boleh jadi, jangan-jangan: ~ dia sudah tidak ada lagi di situ; 2. = berentah; 3. ark keturunan yg kelima atau keenam; 4. ark kiraan atau hitungan nilai wang yg terkecil sekali; berentah mengatakan entah (apabila bercakap atau menjawab pertanyaan); entah-berentah Mn anu (tidak diketahui dgn tepat, hanya khayalan semata); negeri ~ sl negeri anu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membebani | memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penimbang tara | pihak ketiga yg menyelesaikan sesuatu pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan di-selesaikan dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membebani | memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. | Kamus Pelajar |
membaiki | membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membaik = membaik pulih | membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cara | 1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina; secara 1. dgn cara (jalan dll): ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam; ~ kasar dapat dijelaskan sebabnya; 2. sebagai, selaku: hadapilah musuhmu ~ pahlawan; cara-cara 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbang tara | (Udg) cara penyelesaian pertelingkahan di luar mahkamah melalui pihak ketiga yg telah dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbangtaraan penyelesaian sesuatu pertelingkahan oleh pihak ketiga yg dipersetujui oleh pihak yg bertelingkah; penimbang tara pihak ketiga yg menyelesaikan sesuatu pertelingkahan: perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan di-selesaikan dgn menggunakan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beban | 1 benda berat yg dibawa ketika berjalan; barang-barang yg diletakkan di belakang kuda dsb: Mana mampu saya membawa ~ sebanyak itu? 2 apa-apa yg mesti ditanggung oleh seseorang; sesuatu yg susah dilakukan: Apabila kita besar kelak, janganlah hendaknya memberatkan ~ kedua-dua orang tua kita. membebani memberi beban (tanggungan dsb) kpd: Janganlah engkau ~ aku lagi dgn masalah yg dpt engkau selesaikan sendiri. membebankan 1 memuatkan sbg beban; menjadikan sesuatu sbg beban: Anak itu telah ~ dua buah beg kpd pengangkut barang di stesen kereta api. 2 menyerahkan sesuatu sbg tugas (tanggungjawab dsb): Pihak pentadbiran telah ~ penyelenggaraan projek itu kpd Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
songsang I | 1. terbalik letaknya atau duduknya (yg di atas menjadi di bawah, yg di depan menjadi di belakang, dsb), terbalik keadaannya dsb (yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan dsb): kerbau bertanduk ~; berjalan ~ berjalan di atas tangan (kaki ke atas); letak ~ kaki di bawah dan kepala di atas (kedudukan bayi ketika hampir akan dilahirkan); 2. ki berlawanan drpd biasa (bkn ajaran, kepercayaan, amalan, dsb): ajaran ~; spt aur ditarik ~ prb pekerjaan atau perkara yg sukar diselesaikan kerana sudah salah jalan; menyongsang terbalik (letaknya, duduknya, dll); menyongsangkan menjadikan terbalik (yg di atas menjadi di bawah, yg sepatutnya didahulukan dikemudiankan, dll), membalikkan, menterbalikkan; tersongsang terbalik; songsangan sesuatu yg tersongsang, kebalikan; kesongsangan keadaan yg terbalik drpd kebiasaan: selama ini telah wujud ~ di kalangan sesetengah pengkritik drama tanah air; penyongsangan perihal (perbuatan dsb) menyongsangkan; penyongsang alat yg menyongsangkan arus terus kpd arus ulang-alik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |