Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
umpama (kata tugas)
Bersinonim dengan ibarat, misal, laksana, seperti, macam, amsal, sebagai, bak;,
Kata Terbitan : seumpama, mengumpamakan, perumpamaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
umpama1. (sesuatu yg dijadikan) perban-dingan, ibarat, misal: yg disebutnya tadi hanya sbg ~ sahaja; 2. = ~nya sesuatu yg dijadikan contoh, misalnya: banyak kehasilan negeri Lampung, ~, terutama lada kecil atau merica dan karet; 3. = spt ~ = seumpama sama halnya dgn, tidak ubahnya spt, misalnya, sebagai: budak-budak ~ rebung, boleh di-lentur dan dibentuk; 4. sesuatu yg hanya dijadikan misalan sahaja (bukan sungguh-sungguh), andai: itu hanya ~, bukan sungguh-sungguh; 5. = ~ kata = ~nya = seumpama, umpamakan jika sekiranya, katakanlah kalau, seandainya, andai kata: ~ engkau banyak wang, apa yg hendak kaubuat?; seumpama hari hujan, ke mana kita hendak lari?; umpamakan engkau pergi merantau, bagaimana engkau menyesuaikan diri dgn masyarakat asing?; bukan (tidak) ~ lagi berlaku tidak sopan, tidak hormat lagi kpd; seumpama 1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama; berumpama menggunakan umpama (ibarat, misal), bercakap dgn umpama; mengumpama sl menaruh hormat (kpd), menghormati: jangan diperbuat segala pekerjaan yg tidak berbahasa dan tiada ~ kpd segala indera dan dewa; mengumpamai 1. sl sama dgn, menyamai, menyerupai; 2. = mengumpamakan memberi hormat kpd, menghargai, menghormati; mengumpamakan 1. menganggap sama dgn, menjadikan contoh (kiasan, ibarat), meng-ibaratkan, membandingkan (dgn): mata manu-sia bolehlah diumpamakan sbg sebuah kamera; 2. melakukan atau mengatakan sesuatu sbg contoh (sbg ulangan drpd yg telah dilakukan), memberitahu bagaimana (dgn gaya dll): beliau telah ~ bagaimana beliau dapat mengelakkan diri drpd tikaman pen-curi itu; 3. menganggap sbg misalan (bukan sungguh-sungguh), memisalkan, menyifat-kan: aku umpamakan kau dikahwinkan dgn seorang pemuda dr bangsamu sendiri; 4. menunjukkan hormat (menghargai) spt yg selayaknya, menghormati (sebagaimana mesti-nya): segeralah ia tangkap, jika ia melawan, bunuh olehmu, kerana ia tidak ~ daku; terumpamakan dapat disamakan atau diban-dingkan dgn yg lain yg sepertinya: pantai putih bersih tak ~; perumpamaan 1. = umpamaan sesuatu yg dianggap sama dgn, ibarat, misal: dgn menggunakan ~ dan lambang, penyajak dapat memberi makna yg banyak dan ber­lapis-lapis pd ungkapan-ungkapan kata­­nya; 2. sj peribahasa yg berupa perbanding­an dgn sesuatu yg lain (umumnya me­ngandungi ajaran); 3. sesuatu yg dijadikan contoh (mis hal-hal yg telah berlaku dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
seumpama1. sama seperti (sesuatu yg telah dinyatakan), serupa dgn: kehidupannya ber-gantung pd susu ibu ataupun cecair yg ~nya; 2. umpama;Kamus Dewan Edisi Keempat
sebagai1 hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2 berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sebagai1. hampir sama keadaannya; seperti; seumpama. 2. berlaku; selaku: ~ orang Islam, dia berpuasa dlm bulan Ramadan.Kamus Pelajar
feminin(féminin) 1. berkaitan dgn ciri-ciri wanita atau kewanitaan: tugas-tugas seumpama itu amat sesuai dgn sifat mereka yg lemah lembut dan ~; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn keperempuanan.Kamus Dewan Edisi Keempat
berilmu1 berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2 berpengetahuan; bijak; pandai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kultus1. sistem pemujaan dlm upacara keagamaan; 2. kumpulan kecil orang yg men­jalankan pemujaan keagamaan seumpama itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
berilmu1. berkemampuan utk mengetahui atau memaklumi kenyataan ttg sesuatu; mempunyai ilmu: Hidup tidak ~ seumpama berjalan dlm gelap. 2. berpengetahuan; bijak; pandai.Kamus Pelajar
perbendaharaan1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bendahara1. sl orang yg memegang harta benda kerajaan; 2. perdana menteri, wazir; 3. menteri dlm permainan catur; perbendaharaan 1. khazanah (tempat simpanan harta benda negara): pejabat ~; 2. kekayaan (harta benda, barang-barang, dll): jika laksamana itu hidup, seumpama kita mendapat ~ di muka bumi; Imam Hanafi, Maliki, Shafii telah meninggalkan ~ hukum atau undang-undang yg amat banyak kpd kita; ~ kata-kata Melayu keseluruhan kata-kata Melayu.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas