sogokan | wang sogok. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sogokan | wang rasuah (suap); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sogok II | = wang ~ = sogokan wang rasuah (suap); makan ~ ki menerima rasuah, makan suap; menyogok 1. merodok (ke dlm), menjolok: ia mengambil gelasnya, ~ mulut kawannya dgn gelas itu; 2. ki memberi rasuah, menyuap; menyogokkan 1. ki memberi rasuah kpd, menyuapi: mereka bertindak, tetapi setelah disogokkan beberapa keping kertas merah, mereka segera diam; 2. menghulurkan, mengunjurkan, mengunjukkan: tangannya ~ dua cawan berisi arak kpd kami; sogokkan sebatang rokok kepadanya; 3. ki mengemukakan (utk diterima, digunakan, dsb), menyorongkan, menonjolkan: sebelum murid-murid disogokkan dgn bahan-bahan pelajaran yg lebih formal, beberapa kemahiran persediaan haruslah dikuasainya; penyogok orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sogok, = wang ~, = sogokan | 2 merodok ke dlm lubang dll; menjolok. | Kamus Pelajar |
sogok, = wang ~, = sogokan | 1 memberi wang sogok; memberi rasuah; menyuap. | Kamus Pelajar |
sogok, = wang ~, = sogokan | menyogok | Kamus Pelajar |
sogok, = wang ~, = sogokan | wang yg diterima kerana membenarkan berlakunya sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang suap; wang rasuah; makan ~ menerima wang sogok; makan suap. | Kamus Pelajar |
penyogok | orang yg memberikan sogokan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
penyogok | orang yg memberikan sogokan: ~ juga mesti didakwa di mahkamah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suapan | 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dimasukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; | Kamus Dewan Edisi Keempat |