Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[suap] | سواڤ

Definisi : 1. sebanyak yg dijemput dan dimasukkan ke mulut (nasi dll): boleh kita kendurikan anak kita barang se~ nasi dan seteguk air; 2. = wang ~ wang sogok, rasuah; makan ~ menerima rasuah; bersuap makan dgn tangan; bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, bertukar suap (pengantin yg sedang bersanding dll): setelah sudah ~, maka ia pun memimpin tangan isterinya; menyuap 1. makan dgn tangan (tidak dgn sepit atau dgn sudu dll); 2. = menyuapi memasukkan makanan ke dlm mulut orang, memberi makan dgn tangan: ia terus ~ anaknya; 3. = menyuapi memberi wang suap kpd, memberi rasuah, menyogok: mana­-mana yg boleh diugut telah diugut, dan mana-mana yg boleh disuap telah juga disuap; menyuapkan memasukkan (makanan dll) ke dlm mulut seseorang: ia ~ pulut kacau ke dlm mulut anaknya; mempersuapkan sl menyuruh atau me­minta bersuap-suapan (pengantin yg sedang bersanding): pengantin itu dibawa naik ke dlm istana dipersandingkan dan dipersuap­suapkan makan nasi kunyit; suapan 1. apa-apa yg disuapkan: tiap-tiap ~ itu harus dipaksa-paksa utk ditelan; 2. wang rasuah, sogokan; 3. (Kej) bahan yg dima­sukkan ke dlm sesuatu peralatan unit operasi utk diproses bagi mendapatkan hasil; penyuapan perbuatan menyuap(i) atau menyuapkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[suap] | سواڤ

Definisi : 1 banyaknya nasi dll yg dijemput atau yg diambil dgn sudu dsb dan dimasukkan ke dlm mulut ketika makan: Ketika makan, jangan terlalu besar ~mu. 2 = wang ~ wang yg diterima drpd seseorang kerana membenarkan orang itu melakukan sesuatu yg salah di sisi undang-undang; wang rasuah. bersuap makan dgn bantuan orang lain (orang lain yg memasukkan makanan ke mulutnya): Kerana ter­lalu uzur, makannya pun terpaksa ~. bersuap-suapan saling memberi makan dgn tangan, sudu dsb; bertukar-tukar suap (spt dlm istiadat bersanding). menyuap 1 menggerakkan tangan ke mulut utk memasukkan makanan dsb: Dia ~ anak bongsunya makan. 2 memberi rasuah; menyogok. menyuapi me­nyuap berkali-kali. menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya. suapan 1 apa-apa yg disuapkan. 2 wang suap. penyuapan perbuatan, hal dsb menyuap, menyuapi atau menyuapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
suap
Kata Terbitan : menyuap,

Puisi
 

Si Sanjai nama Rang Kuok,
     Pandai benar lintang;
Tagajai nasi emak suap,
     Terkenang janji nanti petang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Makan nasi suap-suapan,
     tetapi menyambut puan kosong.

Bermaksud :

Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nasi suap-suapnasi kunyit yg di­suapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengan­tin perempuan dan sebaliknya (ketika bersan­ding);Kamus Dewan Edisi Keempat
makan suap (sogok)menerima suap (rasuah);Kamus Dewan Edisi Keempat
suap pita(tape feed)Peranti yang menggerakkan pita untuk dibaca atau ditulis.Kamus Komputer
suap pin(pin feed)Sistem penyaluran kertas cetakan yang menggunakan penggiling berpin untuk menggerakkan kertas cetakan yang berlubang di tepiKamus Komputer
suap geser(friction feed)Sistem penyuapan kertas pencetak yang berfungsi berdasarkan kertas yang dikapit oleh dua penggiling. Apabila kedua-dua penggiling berputar, geseran pada kedua-dua penggiling menolak kertas ke hadapan.Kamus Komputer
suap balik(feedback)Kaedah penyambungan litar yang mengaitkan bahagian output dengan bahagian input melalui gelung tertutup. Ini membolehkan sistem menyelaraskan pengendalian litar secara berterusan dengan membandingkan isyarat output dengan isyarat input. Jika pengendalian sistem tidak lagi sejajar, suatu perbezaan akan wujud daripada perbandingan isyarat dan perbezaan isyarat ini akan digunakan untuk menyelaraskan litar supaya sistem menjadi sejajar semula.Kamus Komputer
suap1 apa-apa yg disuapkan.Kamus Pelajar
suap suapanKamus Pelajar
suap menyuapkan memasukkan sesuatu (makanan dsb) ke dlm mulut: Dia ~ nasi lembik ke mulut anaknya.Kamus Pelajar
suap menyuapi menyuap ke dlm mulut orang lain: Ketika aku tiba, dia sedang ~ anaknya nasi lembik.Kamus Pelajar
12345678910...

Kembali ke atas