keterbacaan | keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kekakisan | sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kekakisan | sifat atau daya mengakis: Adalah penting utk mengetahui sifat fizikal dan sifat kimia sesuatu agen toksik dan tahap ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kakis | ; mengakis merosakkan (logam, batu dsb) secara tindakan (proses) kimia; terkakis dapat atau telah dikakis; kakisan hal atau keadaan mengakis; kekakisan sifat (kuasa atau daya) mengakis: mengenal pasti agen yg terlibat, sifat fizikal dan kimianya serta tahap ~nya adalah penting utk mengawal sesuatu agen toksik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kakis | ; mengakis menghakis atau merosakkan perlahan-lahan oleh proses (tindakan) kimia: Karat ~ besi. terkakis dpt atau telah dikakis. kakisan hal atau keadaan mengakis; hasil drpd mengakis. kekakisan sifat atau daya mengakis: Adalah penting utk mengetahui sifat fizikal dan sifat kimia sesuatu agen toksik dan tahap ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
baca | ; membaca 1 membunyikan huruf-huruf yg ditulis; melihat dan memahami apa-apa yg tertulis: Ibu saya sedang ~ Quran. 2 menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yg telah dihafaz: Sebelum kami makan, ayah akan ~ doa terlebih dahulu. membacakan membaca utk: Ibu ~ adik cerita sebelum tidur. terbaca 1 dpt atau boleh dibaca. 2 membaca dgn tidak sengaja. keterbacaan keadaan dpt atau boleh dibaca dan difahami: Buku itu kurang mendapat sambutan kerana tahap ~nya tinggi. bacaan 1 bahan utk dibaca (spt buku); apa-apa yg dibaca: Di perpustakaan, banyak terdapat buku ~. 2 cara membaca; hasil membaca: ~nya lancar sekali. pembacaan perbuatan atau hal membaca. pembaca orang yg membaca: Saya ingin menjadi ~ berita di radio. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
usia | umur: sudah lanjut pula ~nya; Utusan Melayu genap 49 tahun ~nya esok; ~ mental (Ubat) tahap kecerdasan seseorang ber-dasarkan peringkat umurnya (diketahui me-lalui ujian kecerdasan); berusia 1. mempunyai usia, berumur: beliau telah menjadi anggota parti ketika ~ 14 tahun; 2. = ~ lanjut (sudah) agak tua: pengadil biasanya terdiri drpd orang-orang yg telah ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jejak I | jejak I 1. bekas tapak kaki atau bekas langkah (orang atau binatang), bekas jalan perahu (dlm air), kesan: meninggalkan ~ di lumpur; 2. injak (jatuh kaki) hampir atau mengenai tanah dll, sampai di atau (hampir) kena pd sesuatu tahap (paras dsb); ~ bahu (bkn rambut) panjang hingga ke bahu; ~ bara (bkn barang yg bergantung) hampir sampai ke tanah dll; ~ tanah upacara pd ketika budak mula-mula menginjak tanah; bertikam ~ hampir seimbang (sama), hanya sedikit bezanya; 3. tabiat, tingkah laku, perangai; mengikuti ~ orang tuanya menurut kelakuan orang tuanya; ~nya keruh perbuatannya kurang baik; menghilangkan ~ menutupi kesalahan (perbuatan yg kurang baik); mencari ~ dlm air prb mengerjakan pekerjaan yg sia-sia; berjejak 1. meninggalkan bekas (kaki dll), berkesan: berjalan di lumpur ~; 2. menginjak di, bertumpu di: kakinya tidak ~ di bumi; menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar, dll), menginjak: dia ~ lantai simen itu; 2. sampai di, mengunjungi: inilah pertama kali dia ~ Semenanjung Malaysia; menjejaki 1. menginjak; 2. mengikuti jejak atau bekas langkah, mengesani (mengikuti) perjalanan dsb: dr situlah angkatan perang Jepun terus mara ke Selatan ~ pengunduran askar-askar Inggeris, India, dan Australia hingga ke Singapura; 3. ki mengikuti jejak (pergerakan, tindak-tanduk, dsb) seseorang dll, menyiasat, menyelidiki; menjejakkan menginjakkan (kaki); penjejakan perihal (proses atau perbuatan) menjejaki (mengesani): alat itu menghasilkan isyarat keluaran berdigit dan mengawal isyarat bagi pemfokusan serta ~ alur laser. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rata I | 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana; serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung; menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh; keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah; rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orang-orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan; merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan rakyat; meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah; rataan ark dataran; kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah; perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai; perata alat utk meratakan (mendatarkan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
faham | 1 tahu benar (akan sesuatu): Rahman tidak ~ akan ajaran gurunya itu. 2 = fahaman fikiran atau anggapan mengenai sesuatu; pendapat. berfahaman 1 mempunyai fahaman (pendapat dsb): Walaupun negara telah maju, mereka masih ~ kolot. 2 mempunyai akal budi; berfikiran dan bijaksana: Pak Ali sangat ~ orangnya, oleh sebab itu beliau disegani oleh masyarakat kampung. memahami 1 tahu benar akan sesuatu; mengetahui; memaklumi: Dia tidak dpt ~ apa-apa yg diucapkan oleh pemuda itu. 2 pandai dan tahu benar akan sesuatu hal: Beliau juga ~ bahasa Perancis. memahamkan 1 mempelajari atau meneliti sungguh-sungguh supaya faham: Utk ~ puisi itu, ia terpaksa membacanya beberapa kali. 2 memberitahukan sesuatu supaya dpt difahami: Demikianlah kita difahamkan. 3 mengertikan: Ayat itu disusun dgn baik supaya tidak salah ~nya. kefahaman 1 hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2 sesuatu yg difahamkan: ujian ~. pemahaman hal memahami atau memahamkan. sefahaman sama fahamannya; sependapat: Mereka sehaluan dan ~. bersefahaman bersetuju antara satu dgn yg lain; mempunyai fahaman yg sama: Mereka ~ dan hidup dlm aman dan damai. persefahaman hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |