hampas | 1. sisa benda yg telah diambil patinya (airnya, isinya): ~ kelapa; ~ kopi; ~ tebu; ~ lanar tahi bijih (lodak); 2. tidak berguna, sia-sia: ~ sungguh budak ini, satu kerja apa pun tak boleh diharapkan; spt tebu, air dimakan ~nya dibuang prb perihal gadis ditinggalkan setelah dirosakkan; umpama memerah nyiur, santan diambil ~nya dibuang prb perihal mendengar nasihat orang yg baik diambil, yg tidak baik dibuang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
telaga | 1. perigi, sumur; 2. tasik, danau; 3. ark balung, kolam; 4. = ~ tahi jamban, kakus; 5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;~ di bawah gunung prb perempuan yg banyak mendatangkan untung dan bahagia kpd suami-nya; ~ mencari timba prb perempuan mencari laki-laki; adakah drpd ~ yg jernih itu mengalir air yg keruh? prb tidak mungkin orang yg bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yg keji-keji. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bau I | sesuatu yg tercium oleh hidung (spt wangi, hanyir, dll): sambil berjalan, ia menghidu-hidu ~ wangi di kemejanya; ~ setahun pelayaran sangat busuk baunya; ~ daun semberu Kl kaum kerabat yg jauh; ada ~-~ bacang ada pertalian saudara (tetapi sudah jauh); sudah tercium ~nya ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ busuk tidak berbangkai prb fitnah (celaan) yg tidak beralasan; ayam terlepas, tangan ~ tahi prb orang yg hendak mencemarkan seorang gadis tetapi tidak sampai maksud hanya beroleh malu; jauh ~ bunga, dekat ~ tahi prb berkasih-kasihan itu lebih kekal dr jauh drpd berdekatan; umpama kesturi, kerana ~ hilang nyawanya prb orang yg menunjukkan sesuatu yg berharga kpd orang yg tidak dapat dipercayai hingga mendapat bencana sendiri;sebau 1. serupa baunya; 2. ki agak serupa (sifatnya dsb), sesuai dgn, sejenis; seragam ~ sejenis (sama sifatnya), bersesuaian (antara satu sama lain); berbau 1. mempunyai bau (busuk), mengeluarkan bau (busuk): janganlah kain-kain dan sarung bantal terbiar kotor dan ~; 2. tercium bau, terhirup bau: dr jauh ~ olehku asap setanggi; 3. bersifat, mempunyai unsur: pidatonya itu ~ perkauman; 4. ki mulai dikesan (rahsia, kejahatan, dll); ~ dua prb dikatakan kpd orang yg telah berbuat kesalahan secara sulit; bakar tiada ~ prb menyatakan tidak percaya pd cerita orang; bersuris bagai pasir, ~ bagai membacang prb kejahatan yg sudah cukup bukti dan keterangan; tiada ~ telunjuk saya prb menyatakan tidak percaya pd sesuatu cerita (khabar dll); membaui 1. mencium-cium (bau), menghidu-hidu (bau): anjing itu ~ bangkai; 2. menyelidiki secara sulit, merisik, mengesani: mereka sampai ke tempat persembunyian yg tidak dapat dibaui oleh Jepun;terbau 1. tercium bau, terhidu bau: ~ oleh sang kancil harimau datang; 2. diketahui (orang), terbongkar: akhirnya ~ juga apa yg telah dibuatnya; bauan, bau-bauan segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain;pembau (Bio) deria badan yg berfungsi utk membaui sesuatu: saluran ini menggunakan deria sentuhan, rasa, dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perut I | 1. bahagian depan tubuh di bawah dada: ~nya buncit; isi ~ a) kandungan perut (segalagala yg ada dlm perut besar, usus, dll); b) segala perasaan yg terkandung dlm hati (isi hati); membawa ~ berkunjung ke rumah orang dll utk makan (tidak membawa suatu apa pun); 2. organ dlm tubuh tempat penghadaman makanan (perut besar dan usus dll): makanan yg ditelan turun melalui kerongkongan dan dada dan akhirnya ke ~ utk dicerna; 3. ki tempat bayi berada (semasa seseorang wanita hamil), rahim, kandungan, peranakan: apabila sampai ketikanya anak itu lahir dr ~ ibunya dan disusukan oleh ibunya pd masa kecil; 4. bk makanan, rezeki: jikalau kita tidak dapat menyelesaikan perkara ~ kita sendiri, adakah orang lain yg diharapkan? 5. sesuatu (bahagian sesuatu) yg rupanya (bentuknya, letaknya, dll) spt perut manusia; ~ daun bahagian daun (rokok) yg mengandungi tembakau; ~ kapal bahagian dalam kapal sebelah bawah; ~ kereta bahagian sebelah bawah kereta; 6. ark bahagian drpd suku atau bangsa; buah ~ Mn orang-orang dlm sesuatu suku (anak cucu yg turun-temurun drpd nenek perempuan); ~ besar a) alat dlm tubuh yg menyerupai kantung tempat penghadaman makanan; b) bp bunting, mengandung; ~ bumi bahagian bumi sebelah dalam (lwn permukaan bumi); ~ buta = ~ buntu usus kecil (usus tambahan), intestinum caecum; ~ kaki a) daging di belakang tulang kering (antara belakang lutut dan pergelangan kaki); ~ kapal (perahu) bahagian kapal (perahu) yg di tengah-tengah; ~ laut bahagian yg dalam di bawah permukaan laut; ~ muda = ~ panjang = tali ~ usus (alat pencernaan makanan yg berupa saluran yg panjang berlingkar-lingkar); ~ padi bahagian batang padi yg besar; ~ besar, entah anak entah tahi prb tidak diketahui kekayaan (wang) seseorang itu miliknya sendiri atau tidak; ~ buncit lama-lama menjadi busung prb sebelum berlaku sesuatu perkara akan ada tanda-tandanya; ~ kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas prb perihal orang yg amat susah (tidak dapat dihiburkan); ~ panjang sejengkal prb berasa kecewa (gelisah); mencarikan ~ tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup prb pergi berdagang ke negeri lain utk mencari penghidupan; tak berkelipat ~ prb orang yg tidak tahu menyembunyikan rahsia sendiri; tiba di ~ dikempiskan, tiba di mata dipincangkan, tiba di dada dibusungkan prb perihal orang yg tidak adil dlm menjatuhkan hukuman (spt kaum kerabat dilepaskan drpd hukuman); seperut 1. sama-sama dr satu perut; 2. Mn berkeluarga kerana mempunyai nenek perempuan yg sama; berperut 1. mempunyai perut, ada perutnya; 2. berbentuk spt perut (besar pd bahagian tengahnya); 3. mulai berisi (padi): padinya sedang muda, sedang mulai ~; memeruti mengeluarkan segala isi perut (ikan, ayam, dll): ~ ikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijak | ; pijak-pijak perkakas spt pedal basikal dll yg digerakkan dgn kaki; injak-injak. berpijak bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. memijak menumpukan kaki pd; menekan atau menindih dgn kaki: ~ tanah. terpijak tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. pemijak tempat berpijak: Apabila ~nya dipijak, alat itu akan bergerak turun naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air | 1 cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2 cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar a. banjir. b. najis; tahi. ~ bujang minuman spt teh, kopi yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa perasa. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat kekal ist air yg tidak dpt diubah menjadi air lembut apabila dididihkan. ~ liat sementara ist air yg dpt diubah menadi air lembut apabila dididihkan. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah. ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman. ~ muka a. rupa muka; wajah. b. maruah; harga diri. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara; ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). keairan digenangi air; kena air. perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
air | 1. cecair spt yg terdapat di laut (sungai, tasik, telaga dsb) dan dpt digunakan utk berbagai-bagai tujuan. 2. cecair yg terdapat dlm buah-buahan atau tumbuh-tumbuhan: Tebu ini banyak ~nya. ~ api asid. ~ bah banjir. ~ batu (beku) air yg beku kerana terlalu sejuk; ais. ~ batu apung ais yg besar (serpihan glasier) yg mengapung di laut. ~ besar . a. banjir. b. najis; tahi. ~ emas a. lapisan atau dakwat emas. b. benang emas. ~ kecil (seni) air kencing. ~ lembut ist air yg mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liat ist air yg tidak mudah berbuih apabila dikocakkan dgn sabun. ~ liur air dlm mulut yg menolong melembutkan dan menggumpalkan makanan yg dikunyah. ~ mandi a. air yg digunakan utk mandi. b. ki sesuatu yg menjadi kebiasaan. ~ mata air yg keluar dr mata (ketika menangis dll). ~ mawar air yg harum baunya (disuling drpd bunga mawar). ~ minum air utk diminum. ~ muka a. permukaan air. b. rupa muka; paras; wajah. ~ pasang air yg sedang naik (ttg air laut). ~ sebak air sungai yg sudah tepu tetapi tidak melimpahi tebing. ~ sembahyang wuduk. ~ surut air yg sedang turun (ttg air laut). ~ tawar air biasa yg tidak berasa apa-apa. ~ terjun aliran air pd tempat yg curam (spt pd tebing, lereng bukit dsb). ~ udara ist air yg terdapat dlm udara. ~ wangi air yg harum baunya. berair berisi air; mengeluarkan air: Telaga ini tidak ~. mengair menjadi air; spt air. mengairi mengalirkan air ke; membubuh air pd; menggenangi (sawah dll). perairan laut yg termasuk dlm daerah sesebuah negara. pengairan perbuatan atau hal mengairi (sesuatu kawasan). keairan digenangi air; kena air. | Kamus Pelajar |
telunjuk | 1. = jari ~ jari antara jari hantu dgn ibu jari: tutup ketat-ketat lubang pam basikal itu dgn ~ tangan kiri; 2. ki perintah, kemahuan, suruhan: orang-orang Belanda sangat pandai mengambil hati orang-orang besar kita yg mahu mengikut ~nya;~ lurus kelengkeng berkait prb perihal orang yg pd lahirnya kelihatan baik tetapi di dlm hatinya jahat; ~ mencucuk (merosok, meni-kam) mata (jari) prb orang yg dipercayai berbuat khianat kpd kita; menggigit ~ prb tidak tercapai maksud; runcing ~ memalit sambal lada prb perihal hidup miskin dan melarat; sebusuk-busuk ~, ~ juga pencolek tahi mata prb sejahat-jahat kaum keluarga kalau seorang dihinakan orang semuanya akan turut membelanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pijak; pijak-pijak | perkakas spt pedal basikal dll yg digerakkan dgn kaki injak-injak. berpijak bertumpu dgn kaki; berdiri: Di mana saja dia ~, duri yg tajam mencucuk kakinya. memijak menumpukan kaki pd; menekan atau menindih dgn kaki: ~ tanah. terpijak tidak sengaja memijak: ~ tahi ayam. pemijak tempat berpijak: Apabila ~nya dipijak alat itu akan bergerak turun naik. | Kamus Pelajar |
air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |