Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pua] | تمڤوا

Definisi : burung ~ sj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus; kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah prb tentu ada sebabnya (ada sesuatu yg tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pua] | تمڤوا

Definisi : nama sj burung, Ploceus philip­pinus infortunatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tempua

Puisi
 

Sarang tempua di Kelumpang,
     Berisi ular tampung hari;
Kok nak bersua sama seorang,
     Datang ke ladang tengah hari.


Lihat selanjutnya...(9)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tempuanama sj burung, Ploceus philip­pinus infortunatus.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tempuaburung ~ sj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus; kalau tak ada berada (berada-ada), tak akan ~ bersarang rendah prb tentu ada sebabnya (ada sesuatu yg tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.Kamus Dewan Edisi Keempat
tempuanama sj burung, Ploceus philippinus infortunatus.Kamus Pelajar
burung tempuasj burung, cak raya, Ploceus philippinus infortunatus;Kamus Dewan Edisi Keempat
manyarburung tempua.Kamus Dewan Edisi Keempat
cak rayasj burung, tempua, Ploceus philippinus infortunatus;Kamus Dewan Edisi Keempat
cerecek (cerécék)sj ikan air tawar, tempua, Cyclocheilichthys apogon.Kamus Dewan Edisi Keempat
sarang I1. tempat diam burung dll (tempat berteduh, bertelur, memelihara anak, dll): ~ tempua; ~ lebah; ~ tikus; 2. ki tempat per-sembunyian (lanun, perompak, samseng, dll): di sini juga banyak ~ pengganas; ~ buaya a) tempat kediaman (banyak) buaya; b) blok kayu atau tembaga utk mengecap kain batik; ~ gagak tempat melihat (pd tiang seri kapal layar); ~ nanah tempat nanah dlm bisul; ~ pipit a) sarang burung pipit; b) lesung pipit; umpama orang memelihara dirinya dlm ~ lebah prb mempertahankan diri di tengah-tengah musuh; bersarang 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; bersarang-sarang 1. banyak sarangnya; 2. berlubang-lubang (ditembusi peluru dll), ber-kerawang.Kamus Dewan Edisi Keempat
berada-ada= ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
sarang1 sesuatu yg dibuat atau yg dipilih utk tempat berteduh, meme­lihara anak dsb (bkn burung dll): ~ tempua; ~ lebah. 2 tempat pen­jahat (penyamun dll) bersembunyi. bersarang 1 membuat sarang: Burung murai ~ dlm lubang. 2 bersembunyi: Penyamun-penyamun itu dipercayai ~ di dlm sebuah gua. bersarang-sarang 1 banyak sarangnya. 2 ki penuh ber­lubang kerana ditembusi peluru dll; berkerawang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12

Kembali ke atas