terakam | 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tersenarai | tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
andal | 1. boleh dipercayai; 2. boleh dijamin mutu atau kualitinya: data yg terakam haruslah ~; mengandalkan 1. menaruh harapan atau kepercayaan kpd: mereka akan sedar bahawa tidak dapat tidak mereka akan ~ pengalaman; 2. menjamin ketinggian (kemampuan, mutu, dll); andalan apa-apa yg boleh diandalkan; keandalan keadaan atau hal andal: bank data bergantung pd ~ data; keterandalan keadaan (hal) dapat diandalkan: ~ merupakan keperluan segera bagi andaian ramalan yg sebenar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
album | 1 buku tempat menyimpan atau tempat melekatkan gambar-gambar, setem dsb. 2 koleksi lagu dsb (oleh seseorang), yg terakam dlm kaset, CD dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karaoke | /karaoké/ satu bentuk hiburan yg membolehkan individu atau kumpulan menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual. berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: Utk menghibur hati, mereka ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
karaoke | (karaoké) satu bentuk hiburan yg membolehkan individu (kumpulan) menyanyikan lagu terpilih (di khalayak tertentu) dgn iringan muzik yg sedia terakam dlm alat audio visual; berkaraoke bernyanyi dgn cara karaoke: pd malam itu kami ~ dgn beberapa orang teman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terpahat | 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
runut jam(clock track) | Jejak pada permukaan bahantara rakaman yang dirakamkan dengan suatu corak digit dan bertindak sebagai isyarat rujukan. Runut jam merupakan isyarat jam penyegerakan pada maklumat yang terakam dalam bahantara rakaman tersebut. | Kamus Komputer |
senarai | catatan (rakaman) nama, perkara, dll yg disusun berderet atau mengikut urutan tertentu dr atas ke bawah, daftar: ~ harga barang; menyenaraikan 1. menuliskan dlm bentuk daftar (mengikut bilangan), menjadikan senarai: bukti-buktinya terlalu banyak utk disenarai-kan; 2. (Eko) memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut: saham syarikat itu telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur; tersenarai tercatat (terakam, termasuk) dlm sesuatu senarai atau dlm senarai tertentu; penyenaraian 1. perbuatan (kerja, proses) menyenaraikan, perihal (perbuatan dsb) me-masukkan ke dlm senarai: ~ manuskrip dlm bahasa Melayu; ~ kata kerja; 2. (Eko) proses memasukkan sesuatu saham sesebuah syarikat ke dlm senarai saham di bursa saham supaya ia boleh diniagakan di bursa tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pahat I | alat besi yg berbentuk bilah yg tajam hujungnya (utk menebuk lubang, mengukir kayu, dll); jenis-jenisnya: ~ caku, ~ kuku, ~ mata bulat, ~ mata lintang, ~ putar, dll; ~ kuku pahat yg matanya melengkung, digunakan utk membuat lurah dan ukiran biasa; ~ pating sj pahat yg tidak tajam; ~ pelubang pahat yg khusus digunakan utk menebuk lubang; bagai ~, tidak ditukul tidak makan = laksana ~ dgn penukul prb orang yg hanya bekerja apabila diperintah (disuruh); menciritkan ~ prb sudah tua sangat (orang); berpahat 1. sudah dipahat; 2. berukir; yg berbaris yg ~, yg bertakuk yg bertebang prb Mn pekerjaan dilakukan mengikut adatnya (aturannya) yg biasa; memahat 1. menebuk lubang dll dgn pahat; 2. mengukir, membuat patung dgn pahat: di atas tugu itu semua nama pejuang yg gugur turut dipahat; ~ di dlm baris, berkata dlm pusaka prb Mn mengerjakan sesuatu dgn aturannya (supaya selamat); terpahat 1. telah diukir dgn pahat, terukir: ukiran yg ~ di atasnya melambangkan kepercayaan animisme; tulisan yg ~ pd batu nisan itu mengandungi dua rangkap puisi; 2. ki terlekat, tercatat atau terakam seolah-olah telah dipahat pd sesuatu: hasrat utk menulis novel tetap ~ di tangkai hatinya; bagi kaki pancing, nama Pulau Sembilan pasti ~ dlm ingatan mereka; pahatan sesuatu yg dipahat, hasil memahat, ukiran: di sekolah seni ini kami menikmati lukisan dan ~ ramai seniman; pemahatan perbuatan (proses) memahat; pemahat orang yg memahat (mengukir), pengukir, ahli seni pahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |